LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Zulfadli Zulkifli menolak sertai BAM : Adakah keputusan tepat ?

Bagi peminat Badminton negara pasti mengetahui tentang isu yang sedang hangat dibincangkan mengenai pemain badminton negara ‘Zulfadli Zulkifli’.
Pemain berusia 22 tahun yang dikatakan berpotensi untuk mengalas tanggungjawab menggantikan pemain no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei pada dasarnya telah menolak untuk menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas juara Dunia Junior 2011 ini diberitakan menolak cadangan pihak agar menyertai BAM selepas mengadakan perbincangan dengan Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Menurut bapanya, Zulkiffli Sidek, pemain muda itu menolah untuk menyertai badan tersebut kerana telah menyediakan program-program untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016.
Sebelum ini bekas pemain no 1 dunia, Lee Chong Wei berasakan bahawa Zulfadli perlu menyertai BAM untuk meningkatkan lagi prestasi beliau di peringkat antarabangsa.

zulfadli-zulkifli-badminton-player-s62 (1)

Sudah pasti ia adalah keputusan yang dibuat setelah mempertimbangkan banyak perkara. Tetapi adakah ianya keputusan yang tepat ? Berikut merupakan ulasan dari ligakampung.com

1) Adakah program latihan beliau kini mampu meningkatkan prestasi ? Jika kita lihat prestasi yang dicatatkan tidaklah membanggakan sangat. Mungkin beliau berjaya menumbangkan beberapa nama besar di Kejohanan Dunia pada bulan lepas di Jakarta. Namun adakah ianya memadai ? Tidak jika berdasarkan status beliau selaku bekas juara dunia peringkat junior. Ini kerana pemain seangkatan seperti Viktor Axelsen dari Denmark dan Kento Momota telah berada dalam ranking 10 pemain terbaik dunia.

kento momota
Kento Momota berjaya memenangi kejohanan Terbuka Indonesia 2015

Berbeza pula dengan beliau yang hanya mampu berada di ranking ke 36 pada masa kini. Lihat betapa jauhnya prestasi pesaing beliau yang dahulunya ditumpaskan.

Kenapa ia berlaku? Sudah pasti kerana sistem latihan yang tidak mencapai standard dan tidak mampu untuk pergi lebih jauh. Adakah menyertai BAM akan memberikan prestasi yang lebih baik? Itu tidak dapat dipastikan, cuma yang pasti beliau akan mempunyai pesaing dan jurulatih yang lebih berpengalaman. Morten Frost , Hendrawan adalah nama-nama besar yang pernah menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa. Mungkin mereka boleh memberi sedikit sebanyak tips kepada Zulfadli untuk melangkah lebih jauh.
Sekiranya beliau merasakan program latihan terkini sudah cukup, adakah jurulatih sediada berkemampuan. Tidak dinafikan bapanya, Zulkifli seorang jurulatih yang baik tapi adakah pengalaman dan kemampuannya sudah mencukupi untuk membawa anaknya ke peringkat antarabangsa? Sedangkan Misbun yang mempunyai kaliber pun tidak mampu mengangkat anaknya, Misbun Ramdan untuk menjadi pemain disegani apatah lagi beliau yang tiada profil tersebut. Bukan menidakkan kemampuan beliau namun prestasi semasa tidak menampakkan jauhnya kemampuan Zulfadli.

Tidak semestinya menyertai BAM, yang pentingnya program yang dilaksanakan cukup tersusun. Ketika ini tidak nampak program yang dilaksanakan oleh kelab yang diwakili.

2) Apakah sasaran Zulfadli pada tahun ini? Salah satunya pastilah ingin melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio 2016. Tapi apakah sasaran dalam kejohanan? Rasanya tak pernah mendengar kenyataan beliau untuk muncul juara dalam kejohanan yang disertai. Lebih kepada memberi jawapan yang selamat. Sepatutnya beliau ada sasaran pada beberapa kejohanan untuk jadi juara. Sekurang-kurangnya 1 kejohanan dari semua kejohanan yang disertai pada tahun ini untuk menempatkan beliau dalam 10 ranking terbaik dunia sekaligus memudahkan untuk layak ke Kejohanan Olimpik 2016.

olimpik-rio-2016
Beliau juga patut mensasarkan untuk menumpaskan 10 pemain handalan dunia dan mengelakkan dari ditumpaskan pada pemain di ranking bawah dari beliau. Kekalahan di kejohanan Universiti tempohari merupakan antara tamparan yang besar. Kalah pada pemain yang bukan dalam ranking terbaik perlu dielakkan. Jika tiada sasaran kelayakan ke Olimpik hanya sekadar pengalaman sahaja.

Sekarang ini beliau sudah berumur 22 tahun. Ia bukan masa untuk menimba pengalaman lagi. Ini sepatutnya permulaan untuk beliau melangkah lebih jauh lagi. Beliau perlu bersedia untuk pergi lebih jauh kerana tempoh mencari pengalaman sepatutnya sudah bertukar kepada pencapaian. Agak sukar jika beliau masih berada dalam ranking 30-an tatkala para pemain seusianya telah mula menguasai 10 tangga teratas.

3) Kejohanan apakah yang patut disertai? Dalam keadaan sekarang beliau perlu menyertai banyak kejohanan bertaraf bintang namun adakah beliau mampu? Bagaimana dengan sumber kewangan yang diperolehi? Jika hanya menjadi pemain yang tidak ternama, agak sukar untuk mendapatkan sumber kewangan. Pemain seperti Lee Chong Wei mampu menyertai kejohanan dengan biaya BAM tapi bagaimana dengan Zulfadli? Adakah kelabnya akan menyokong dari segi kewangan? Adakah penaja akan membantunya? Tanpa sumber kewangan kukuh, agak sukar untuk beliau menyertai kejohanan disertai.

4) Apakah sejarah dan kemampuan kelab yang disertai? Tidak pernah dilihat para pemain kelab di Malaysia yang menjuarai kejohanan bertaraf bintang. Malahan pemain yang satu ketika dulu pernah menonjol seperti Hafiz Hashim, akhirnya menjadi pemain biasa-biasa sahaja. Tiada peningkatan dari prestasi. Kenapa ia berlaku dan adakah ZUlfadli akan menerima nasib sama?

Ligakampung.com hanya memberi pendapat. Mungkin juga keputusan yang dibuat oleh Zulfadli dan bapanya tepat kerana :-

1) Terdapat pilih kasih yang berlaku dalam BAM. Dapat dilihat hanya pemain sama diberi peluang walaupun usia telah meningkat dan pencapaian tidak segah mana.

2) Program yang diberikan pada pemain sediada tidak menampakkan hasil kecuali beberapa pemain sahaja. Kita dapat lihat pemain seperti Chong Wei Feng dan Liew Darren tidak memberikan mereka sebagai juara di peringkat antarabangsa walaupun gah di peringkat negara.

3) Tiada kepastian program itu mampu memberi impak kepada Zulfadli.

Apapun, keputusan yang dibuat diharap ianya mampu meningkatkan prestasi Zulfadli. Semoga berjaya menjadi pemain no 1 Malaysia dan diharap mampu dinobatkan pemain no 1 dunia satu masa nanti.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Zulfadli Zulkifli menolak sertai BAM : Adakah keputusan tepat ?

  1. better dia pergi sendiri jer.. kalau dengan BAM, banyak benda dia terikat… kalau bam mungkin dia akan penat setiap match kena main jer… memanglah banyak duit nak guna untuk pergi setiap satu tournament… apa yang penting kena dapatkan tajaan. kalau prestasi baik, duit makin banyak.. so ada bekalan yang cukup untuk next tournament…

Leave a Reply to sabree hussin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)