Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya saya telah mendapat memo dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk kursus juruaudit dalaman untuk ISO 9001 :2000 Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 3- 5 April 2009 ni.. Mula-mula tak kisah sangat tapi bila diberitahu lokasinya, alamak kat Langkawi le pula.. Mungkin lokasi jauh diadakan bagi mengelakkan gangguan dari pejabat. Pemergian ke kursus tersebut juga sedikit sebanyak akan menganggu perjalanan blog ini pada hari yang dinyatakan.Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada keputusan boss saya. Almaklumlah saya merupakan kakitangan yang kureng digemari oleh beliau.. Ada kemungkinan yang saya tidak dibenarkan untuk berkursus oleh beliau.. Walaubagaimanapun tengok je lah..
Kalau berjaya, ini adalah kali kedua saya singgah ke Pulau Langkawi.. Secara jujurnya saya bukanlah peminat tempat berikut., Ini kerana saya bukanlah kaki berbelanja tapi mungkin dapatlah sedikit ketenangan dan percutian sambil berkursus.. Almaklumlah tahun ni belum lagi mengambil cuti dan berjalan ke mana-mana… Insyaallah kalau singgah ke sana mungkin akan diceritakan di sini dan gambar-gambar menarik akan di serahkan di blog photo saya ( yang bakal menjelang bulan APril 09 ni..)
RSS Feed
Twitter



March 29th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


ko patut update secara live je zool
baru la best. hehe
Reply
zool
Reply:
March 29th, 2009 at 22:52
Update live? Ah cam selebriti plak aku…
Reply