LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ziyad gagal pertahan emas Kejohanan Para Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Juara melontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemenang pingat emas para dunia 2017 itu hampir mempertahankan pingat emasnya selepas mencatatkan lontaran sejauh 17.03 meter (m) dalam cubaan kelimanya, sebelum dipintas oleh atlet Ukrain Maksym Koval yang melakukan lontaran sejauh 17.11 m dalam cubaan terakhir untuk memperoleh emas, menurut laman sesawang The Paralympics, www.paralympic.org.

Efstratios Nikolaidis dari Greece membawa pulang gangsa selepas mencatat lontaran terbaiknya, pada 16.61m.

Bagaimanapun, lontaran sejauh 17.03m atlet para negara itu adalah rendah daripada rekod 17.29m yang pernah dicatatkannya pada Kejohanan Dunia 2017, di London, United Kingdom.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad juga memenangi pingat emas dalam kejohanan sama pada edisi 2013 di Lyon, Perancis dan sebelum itu pingat gangsa pada edisi 2015, di Doha, Qatar.

— BERNAMA

Meskipun gagal mempertahankan kejuaraan namun masih ada ruang untuk diperbaiki. DIharap pada Sukan SEA nanti Ziyad dapat mengembalikan kilauan pingat emas ke lehernya. Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)