Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan. Rekod terbaharu yang dicatatkan iaitu 17.29 meter menobatkan beliau sebagai juara dunia sekali lagi.

Pingat perak diraih oleh atlet Ecuador Stalin David Mosquera dengan catatan 16.61 meter manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012, Tod Hodgetts memenangi gangsa dengan catatan 15.94 meter.
Terdapat kejutan apabila atlet Australia mencatatkan angka yang lebih jauh namun selepas bantahan dilakukan, catatan Ziyad disahkan sebagai pemenang pingat emas kejohanan ini.

Selain itu, atlet lompat jauh yang juga pemenang pingat emas Paralimpik di Rio, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan gelaran juara dalam kategori T20 (masalah pembelajaran) selepas mencatatkan jarak sejauh 7.37 meter dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Latif Romly
Atlet Para Latif Romly melakukan lompatan

Pemenang tempat kedua, pencabar utama Talic Zoran dari Croatia yang mencatatkan jarak sejauh 7.32 meter manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12 meter.

Tahniah kepada atlet Paralimpik yang masih mengekalkan momentum sekaligus berjaya memenangi kategori masing-masing. Adakah kedua-dua atlet Para ini akan bersaing dalam acara normal dalam SUkan SEA nanti? Kita harap begitulah agar mereka boleh membuktikan sesuatu yang lebih besar lagi.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Leave a Reply