Zidane letak jawatan selepas rekod 3 kali berturrut-turut menang Liga Juara-juara

Jurulatih kelab bola sepak ternama Real Madrid iaitu Zinedine Zidane membuat keputusan mengejut selepas meletak jawatan.
Zidane yang juga bekas pemain lagenda Perancis yang hanya bersama Real Madrid selama 2 tahun setengah itu membuat pengumuman hanya seminggu selepas Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut.

Zidane dalam sidang akhbar menyatakan bahawa ini masa yang terbaik untuk dirinya dan kelab tersebut untuk beralih angin. Zidane selaku jurulatih telah memenangi 9 piala termasuk 3 Liga Juara-juara Eropah, 1 Liga Sepanyol, Satu Kejohanan Super Sepanyol, 2 Super CUp UEFA dan 2 Kejohanan Kelab Dunia.
ZIdane , 45 tahun telah dilantik pada Januari 2016 dengan keadaan yang sedikit mengusarkan kerana beliau tidak mempunyai profil hebat sebagai jurulatih sebelum itu. Namun kejayaan beliau membuktikan telahan pengkritik tersebut silap dengan kejayaan dalam tempoh yang singkat itu.

3 thoughts on “Zidane letak jawatan selepas rekod 3 kali berturrut-turut menang Liga Juara-juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives