Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum, sebelum memulakan topik saya ingin berkongsi pengetahuan tentang Ramadhan Al Mubarak.. Jika kita lihat pada 10 terakhir ini saf bagi solat terawih sudah mulai berkurangan. JIka sebelum ini ramai yang datang ke masjid untuk bersolat terawih secara jemaah kini angkanya telah mula berkurangan. Semoga kita berterusan konsisten dalam mengerjakan solat ini sehingga ke malam terakhir kerana 10 malam terakhir ini dijanjikan dengan malam ‘Qadr’ atau lebih dikenali LailatulQadr.
Malam yang memberikan keberkatan dan hendaklah kita bersama-sama mendapat keredhaan dariNya.. AMIN..

Okay bercerita dengan zakat fitrah. Zakat fitrah merupakan suatu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam dalam bulan Ramadhan ini. Kini dengan wang ringgit sebagai pengganti nilai beras sudah semestinya ia menjadi mudah kepada kita untuk menunaikannya.
Rasanya tiada sebab untuk kita tidak menunaikan zakat kerana terdapat banyak ‘Amil’ yang ditugaskan untuk menerima wang zakat fitrah ini. Walaubagaimanapun ada juga yang menggunakan pendekatan sendiri dengan memberi zakat kepada fakir miskin secara sendiri..
Selain itu dengan kecanggihan teknologi terdapat Negeri-negeri yang membenarkan pembayaran zakat fitrah secara online.. Bagi mereka yang tidak mahir seeloknya bayarlah menggunakan ‘amil-amil’ yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.Melalui pelantikan ejen-ejenoleh Kerajaan Negeri memudahkan kita menunaikan tanggungjawab kita.

Bagi Negeri Melaka, Pusat Zakat Melaka telah menetapkan RM4.70 sebagai nilai bagi zakat fitrah bagi tahun ini. Bagi mengelakkan keterlupaan saya telah pun melaksanakan tanggungjawab.
Masih bujang, saya hanya membayar zakat untuk diri sendiri sahaja. Bagaimana pula dengan anda?? Telah mula membayar zakat atau juga menunggu saat-saat terakhir Sebelum solat sunat hari raya AIdilfitri?? Kepada acai semoga e-kad anda berjaya.. Camner collection Zakat kat Selangor??

Semoga kita sentiasa ingat dengan kewajipan membayar zakat ini dan tidak hanya sibuk dengan hanya mencari duit.. Sekian.. Terima kasih..

p/s: Dapatkan jalur Ucapan selamat hari raya dari Hafreze.com. Samalah meriahkan blog dengan jalur tersebut..Tq.. Hafreze.. Lepas ni nak cari e-kad pula.

5 Responses to “Zakat Fitrah”

  1. zool,

    zakat…. ko mengingatkan yang aku blom bayar zakat lagik.. thn ni 3 orang, tahun dpn 4 pulak InsyaAllah.

    ko nak bagi projek kat melaka kat aku ke? menarik tuh… leh pekena umbai tiap2 weekend eeheheh..

  2. Aku mushkil, kenapa orang luar drpd melaka suka sangat umbai

    Tapi kalau yang tua2, diorang prefer serkam.

  3. ya… bayar cepat-cepat jangan terlambat…

  4. Alhamdulillah … hubby dah siang2 bayor zakat nih … 6 orang kesemuanya … tapi kat selangor ni RM5.20 mahal sikit dr KL …

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bonus untuk raya at syamsulariff.com

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>