Yong Tau Foo

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Baru-baru ini saya ke pasar malam di Taman Maju Jasin ( Loq dan Knizam mesti tau lokasinya). Biasa kalau pergi sana asyik-asyik beli mee /kuew tiaw goreng je.. Bosan rasanya jadi saya mencuba beli yong tau foo (peniaga Melayu jual). Secara jujurnya saya tak pernah membeli yong tau foo ni walaupun peniaga tersebut memang selalu meniaga di pasar malam tersebut. Bukan apa tak pandai memilih. Masa beli pun hentam je pilih tauhu-tauhu tu.. Kalau tengok mudah je. Direndam tauhu-tauhu, sayur dalam beberapa saat lalu di bungkusnya…

Harga yang dikenakan ialah RM8.20. Tak tau le samada mahal ke murah tapi rasanya berbaloi sebab lebih 5 jenis tauhu campur sayur ngan kueh tiaw tu…

Photobucket
Inilah dia gumpalan tauhu, sayur, sup dan juga sos yong tau foo ni..

Photobucket
Semua kandungan di humbankan di dalam mangkuk sebelum dicurahkan sup dan sos..

Photobucket
Itu dia.. Campuran untuk menjadi yong tau foo….Jom makan..

Ulasan Pakar Memakan :-

Memang berbaloi mencubanya. Sosnya ada sikit manis tapi memang ada kelainan.. Disebabkan ini kali pertama maka tidak layak bagi saya untuk membandingkannya.. Tapi ye la mestilah sedap kan, kalau tak takkan dah bertahun peniaga tu mampu bertahan..

Kalau anda singgah di Jasin pada hari Rabu anda boleh ke Pasar Malam Taman Maju manakala pada hari Sabtu anda boleh mendapatkannya di Pasar Sabtu. Hari lain korang tanyalah kakak tu..

Resipi Yong Tau Foo kepada sesiapa yang nak cuba :-
MalaysianFood

p/s :- Mesti Yong Tau Foo di tempat anda pun mantop.. Apa lagi sama-samalah kongsi.. Mungkin ada peminat Yong Tau Foo

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2714
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Yong Tau Foo”

  1. Dr HouseNo Gravatar says:

    Zool, berapa jenis bahan2 yang dipilih? Satu je yang sy tak suka tentang peniaga Yong Tau Foo ni, tak ada tanda harga. Bukan peniaga Yong Tau Foo je yang lain pun sama. Tapi biasanya bahan2 tu bermula dari harga 50 sen seketul dan ada gak yang mahal. Memang sedap kalau sekali sekala beli, tapi kalau selalu muak gak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bebola ikan, tauhu ikan.. ntah apa2 tauhu lagi dengan ‘ kuey tiau’ tu
    tak pernah beli pun sebelum ni.. tapi memang setuju peniaga yong tau foo tak letak tanda harga.. Kita pun main balun je…

    Reply

  2. izzat azizNo Gravatar says:

    tu lah kadang2 ada gak main amik pahtu amik last2 mahal giler kena, nak letak balik malu.. bayar jelah walau hati terasa bebanya.haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe.. lepas tu .. kopak.. ye lah dah peniaga tu celur dlm air panas.. takkan nak letak balik

    Reply

  3. titanNo Gravatar says:

    kat Banting pun sedap. Kalau gi pasar malam. ada 2 jenis gerai yong tau fu nih. Satu yang manis. Satu lagi yang pedas dia punya sos. Dua-dua sedap. hoho..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jauh la bro nak g sana…
    nantilah kalau aku jumpa awek banting bolehlah layan ..

    Reply

  4. loqNo Gravatar says:

    yong tau fu memang wajib ayah aku beli kalau ke pasar malam taman maju tu…
    tapi memang bagus la ade orang Melayu jual kat situ kan.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo… cikgu karim suka beli ek.??

    Reply

    loqNo Gravatar Reply:

    yup…die memang suke makanan cina ni

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    pergh, sedap [menjejes air liur]

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang sedap…. jaga2 air liur tu ye

    Reply

  6. kakibalun.No Gravatar says:

    Cuba pekena yong tau fu united kat seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi plak, kuah dia mengancam jugak. Satu2nya gerai yong tau fu yang ada pakai penutup dan ada tag harga dan nama atas penutup. Syabas, keep it up!

    Reply

Leave a Reply