Ym tips sign in to mobile

Assalamualaikum semua…
Harap-harap semua sihat hendaknya..Hari ini topik saya berkisar tentang chatting. Rasanya ramai antara kita yang pernah menggunakan yahoo messenger sebagai salah satu medium untuk perhubungan di internet..

Saya sebenarnya telah ditanya oleh beberapa orang bagaimanakah caranya untuk sign in mobile bagi yahoo messenger.. Apa itu sign in mobile?? Mungkin ada yang bertanya dan mungkin juga ramai yang sudah sedia maklum..
Tapi disebabkan ada beberapa pertanyaan saya cuba kembali mengingati sambil bertanya dengan pakcik google dan sedikit sebanyak mendapat maklumat yang boleh dikongsi bersama..
Okaylah jika anda perhatikan gambar ini terdapat list nama debs72075 yang mempunyai ikon h/phone dikanan user. Ini menandakan bahawa user tersebut telah menggunakan h/phone untuk penggunaan ym…
Cukup menarikkan kerana tanpa pc anda masih boleh menerima dan menghantar mesej ke ym anda.. Terus kepada cara untuk menggunakan perkhidmatan ini.. Terdapat 2 cara untuk anda menggunakan perkhidmatan ini. Saya akan menerangkan kedua-duanya :-

Melalui komputer

1 ) Log in ym anda. Buka menu dan pilih ‘sign in to mobile device’ ( Jika tak silap ym 7.0++ yang ada fungsi ini..)..

2 ) Seterusnya anda akan ditanya telco mana yang ingin anda gunakan.( Rasanya hanya MAXIS dan CELCOM sahaja diterima.. Kalau tak silap..)
Ikut arahan sehingga selesai.. Setelah itu cuba log out menggunakan menu sign in to 01******** (ikut no h/phone yang didaftarkan).

3) Satu sms akan dihantar ke h/phone anda. Dan anda boleh menggunakan instruction yang akan diberitau melalui sms tersebut..

Melalui H/Phone
1 ) Masukkan –> [in] [yahoo] [password] ( [ ] tidak perlu dimasukkan) dan hantar ke 32235 ( untuk MAXIS) manakala 39466 (untuk CELCOM)..

2 ) Satu sms akan dihantar ke h/phone anda. Dan anda boleh menggunakan instruction yang akan diberitau melalui sms tersebut

p/s :- Maklumat ini diambil dari http://advision.webevents.yahoo.com/my_sms/ dan diterangkan mengikut kefahaman saya. Harap maaf jika penerangan tidak sempurna.
Sekian sahaja.. Semoga maklumat ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Ops sebelum terlupa.. Saya tidak menggalakkan anda update ym 8.1.* kerana terdapat masalah yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan sign in to mobile ( melalui komputer)

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1910
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Ym tips sign in to mobile”

  1. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    perkongsian info yg bagus..satu tmbahan ilmu utk aku. thnk u so much :)

    Reply

    zettyNo Gravatar Reply:

    same r kite. . . . . . .

    Reply

  2. chotNo Gravatar says:

    apa dah jadi dgn blog bolasepak ko? dah berkubur ke..

    Reply

  3. zoolNo Gravatar says:

    afzai afandi —> ada orang tanya.. aku tolong jawab je..
    chot —> berkubur rasanya.. tak mampu nak update dengan konsisten.. apa nak buat…..

    Reply

  4. Azhar AhmadNo Gravatar says:

    Kadang-kadang perkara yang diaggap mudah bagi kita, tidak bagi orang. Contohnya karya ini… Hummm…
    Salam kenal dari Teratak Nurani…

    Reply

Leave a Reply