YB cacing berpindah dan penghasilan baja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nampaknya hari ni mengikut pengiraan adalah hari YB cacing berpindah dari tempat tinggalnya.. Ini bagi memastikan mereka mendapat keselesaan.. Almaklumlah tempat tinggal mereka perlu diganti berdasarkan kapasiti dan keberatan cacing.. Dengan tempoh itu mereka akan menjalani kehidupan seharian dengan gembira.. Walaubagaimanapun selaku penjaga mereka ada banyak perkara yang perlu dijaga terutama dari kelembapan tempat tinggal bagi memastikan mereka selesa dan tiada berlakunya kes lari dari rumah.. Tetapi ianya kadangkala berlaku juga.. Almaklumlah nak kena jaga beribu-ribu cacing ni bukan perkara mudah…. Dah le tak kenal kerana terlalu halus.. He he he..
Dah mula melalut dah si Zool ni.. Ok hari ni kita lihat sedikit sebanyak gambar-gambar dan sedikit keterangan aktiviti si ZOol bersama YB cacing. Jom…

Media Sabut
Ini adalah tempat tinggal baru bagi YB cacing.. Tempat tinggal ini 90% dibuat oleh Zool. Dengan menggunakan kaedah 70 % sabut kelapa dan 30% najis kambing ianya menjadi tempat tinggal yang diharap memberi keselesaan kepada mereka.. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku kepada YB cacing-cacing tu..


Cacing Kumpul
Ini adalah beberapa ekor cacing yang dikumpulkan sebelum dilakukan pemindahan dari tempat lama ke tempat baru… Amacam, hensem/cun tak mereka?? He he he,..


Botol Air
Jangan salah sangka ini bukanlah air minuman.. Ianya merupakan air saringan dari sabut kelapa.. Tak paham??? Okaylah saya terangkan sikit sebanyak.. Sebelum sabut kelapa tadi dijadikan tempat tinggal, ianya perlu direndam dalam tempoh 3-7 hari bagi menstabilkan ia.. Jadi air lebihan tu saya kumpulkan untuk dijadikan baja siraman pokok-pokok bunga.. Ini kerana sabut merupakan salah satu bahan organik yang sesuai untuk dibuat baja.. Jadi saya cuba untuk melakukan eksperimentasi .. Insyaallah jika ianya berjaya, saya akan cuba untuk memperkenalkan kepada anda semua..

Baja Halus
Ini pula merupakan baja vermikompos yang telah diayak oleh saya dan mak saya.. Buat masa ini telah ada 10 kg dalam simpanan.. Insyaallah jika diizinkan olehNya saya akan menjualnya dan hasilnya akan diserahkan kepada mak saya. Semoga saya akan tetap dengan pendirian ini…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2461
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “YB cacing berpindah dan penghasilan baja”

  1. shaxxNo Gravatar says:

    ikut perkembangan cacing2 zool!

    Reply

  2. shun2uNo Gravatar says:

    u keja bidang ni ker?

    Reply

  3. waah basgus blog cacing kat rumah ni ada gak cacing tapi tak banyak la dalam 4 kilo je..haha
    http://peminatjutawan.blogspot.com/

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    shaxx –> mereka mengucapkan terima kasih… :)
    shun2u –> tak… Ini sebagai mengisi masa lapang dan cari pendapatan sampingan sahaja..
    peminatjutawan –> bro.. noktah tu penting.. ayat bersambung payah nak paham.. cacing saya pun tak banyak kurang dari bro.. sekadar mengisi masa lapang je…

    Reply

  5. kuroNo Gravatar says:

    hooooooooooooooo
    cacing~(aq gali cacing >_<)

    Reply

  6. KNizamNo Gravatar says:

    wow cacing tranfer ke ni ek
    kena wat vid neh. hehe :)

    Reply

  7. KujieNo Gravatar says:

    tokey cacing… bagus kan..ramai juga yg buat bsness mcm ni

    Reply

  8. zoolNo Gravatar says:

    kuro –> geli ke gali??
    Knizam –> belum ada equipment untuk buat vids..
    kujie –> belum jadi tokei lagi kak jie.. baru kecil2 an.. tak berani berisiko besar..

    Reply

  9. acaiNo Gravatar says:

    waaa, bagus2 bro..:) teruskan usaha..
    akupun baru je nak kuarkan baja nih..
    baru beli mesin untuk tu..:) ada masa aku cerita kat blog nnti..

    Reply

  10. biohirudoNo Gravatar says:

    pembekal cacing kering (dried earthworms) RM350 /KG

    Reply

  11. ecahNo Gravatar says:

    hi jalan-jalan surfing pasal cacing..

    Reply

Leave a Reply