Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

YB cacing berpindah dan penghasilan baja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nampaknya hari ni mengikut pengiraan adalah hari YB cacing berpindah dari tempat tinggalnya.. Ini bagi memastikan mereka mendapat keselesaan.. Almaklumlah tempat tinggal mereka perlu diganti berdasarkan kapasiti dan keberatan cacing.. Dengan tempoh itu mereka akan menjalani kehidupan seharian dengan gembira.. Walaubagaimanapun selaku penjaga mereka ada banyak perkara yang perlu dijaga terutama dari kelembapan tempat tinggal bagi memastikan mereka selesa dan tiada berlakunya kes lari dari rumah.. Tetapi ianya kadangkala berlaku juga.. Almaklumlah nak kena jaga beribu-ribu cacing ni bukan perkara mudah…. Dah le tak kenal kerana terlalu halus.. He he he..
Dah mula melalut dah si Zool ni.. Ok hari ni kita lihat sedikit sebanyak gambar-gambar dan sedikit keterangan aktiviti si ZOol bersama YB cacing. Jom…

Media Sabut
Ini adalah tempat tinggal baru bagi YB cacing.. Tempat tinggal ini 90% dibuat oleh Zool. Dengan menggunakan kaedah 70 % sabut kelapa dan 30% najis kambing ianya menjadi tempat tinggal yang diharap memberi keselesaan kepada mereka.. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku kepada YB cacing-cacing tu..


Cacing Kumpul
Ini adalah beberapa ekor cacing yang dikumpulkan sebelum dilakukan pemindahan dari tempat lama ke tempat baru… Amacam, hensem/cun tak mereka?? He he he,..


Botol Air
Jangan salah sangka ini bukanlah air minuman.. Ianya merupakan air saringan dari sabut kelapa.. Tak paham??? Okaylah saya terangkan sikit sebanyak.. Sebelum sabut kelapa tadi dijadikan tempat tinggal, ianya perlu direndam dalam tempoh 3-7 hari bagi menstabilkan ia.. Jadi air lebihan tu saya kumpulkan untuk dijadikan baja siraman pokok-pokok bunga.. Ini kerana sabut merupakan salah satu bahan organik yang sesuai untuk dibuat baja.. Jadi saya cuba untuk melakukan eksperimentasi .. Insyaallah jika ianya berjaya, saya akan cuba untuk memperkenalkan kepada anda semua..

Baja Halus
Ini pula merupakan baja vermikompos yang telah diayak oleh saya dan mak saya.. Buat masa ini telah ada 10 kg dalam simpanan.. Insyaallah jika diizinkan olehNya saya akan menjualnya dan hasilnya akan diserahkan kepada mak saya. Semoga saya akan tetap dengan pendirian ini…

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 63
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

11 comments to YB cacing berpindah dan penghasilan baja

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>