Wee Wern Raih Gelaran Keempat Tahun Ini

Pemain skuasy negara yang semakin meningkat prestasinya pada tahun ini, Low Wee Wern berjaya merangkul kejuaraan keempatnya tahun ini. Sekali lagi Australia menjadi medan beliau membuktikan kejagohan selepas berjaya memenangi Kejohanan Terbuka Q Queensland, sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir, Wee Wern mudah menumpaskan pemain tuan rumah, Jessica Turnbull dengan keputusan 11-6, 11-5, 11-6 yang menawarkan hadiah wang tunai AS$5,500 (RM22,869) di Pusat Skuasy Carrara.

Wee Wern yang kini menduduki ranking ke 54 dunia gembira dengan aksi terbaik beliau tahun ini selepas beliau membuat kemunculan semula dalam skuasy.
“Saya gembira dapat memenangi gelaran keempat tahun ini dan berharap dengan kemenangan ini akan melayakkan saya beraksi di kejohanan lebih besar,” kata Wee Wern

“Ia sesuatu yang baik buat saya apabila dapat berada di kelompok 50 terbaik menjelang akhir tahun ini kerana itulah yang disasarkan.”

Wee Wern yang bergelut dengan kecederaan beberapa tahun lalu, tampil beraksi buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun di Kejohanan Kebangsaan awal Julai lalu dan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Rentaknya terus konsisten selepas itu apabila memenangi tiga gelaran PSA berturut-turut bermula dengan Terbuka Malaysia, Terbuka Tasmanian dan Terbuka Australia.

Atlet berusia 28 tahun itu dijadualkan bertanding di Hong Kong dan Terbuka Singapura bulan depan.

Kejohanan Terbuka Q itu memberi impak positif buat pemain skuasy wanita negara apabila tiga dari empat wakil negara berjaya ke separuh akhir.

Ooi Kah Yan tewas kepada Wee Wern manakala Aika Azman kalah kepada Jessica.

Sumber :-HMetro

2 thoughts on “Wee Wern Raih Gelaran Keempat Tahun Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives