Warga Afrika di Malaysia
Written by zool on June 1, 2008 – 8:52 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Nampaknya tak habis-habis lagi dengan masalah sosial yang berlaku di kalangan pendatang asing..
Jika sebelum ini kita banyak mendengar masalah yang ditimbulkan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin kali ini pula dengan pendatang berizin, pelajar asing..
Baru-baru ini berlaku pergaduhan antara penduduk tempatan dan pelajar warga Afrika..Berikut merupakan petikan dari akhbar Kosmo:-
SEREMBAN - Huru-hara sebuah flat yang didiami sekumpulan pela- jar Afrika dari sebuah kolej swasta di Mantin dekat sini apabila mereka diserang sekumpulan kira-kira 100 pelajar kolej sama dan turut disertai penduduk di taman perumahan berdekatan.
Amukan yang bermula pukul 9.30 malam kelmarin dan berlarutan hingga pukul 2.30 pagi semalam itu didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar tempatan dan penduduk membabitkan hubungan cinta di kalangan pelajar Afrika dan pelajar tempatan di kolej swasta di situ.
Lain-lain Berita berkaitan :-

Kosmo - Mereka bersikap biadap
Nampaknya kemasukan warga Afrika ini sedikit sebanyak menambahkan lagi pening pihak berkuasa.. Tak cukup dengan masalah jenayah yang dilakukan oleh rakyat tempatan yang tidak dapat diselesaikan kini ditambah pula dengan masalah orang luar yang beranggapan seperti berada di negara sendiri..
Saya sendiri pernah mendengar keluh kesah dari orang tempatan tentang kebiadapan warga Afrika yang belajar di negara kita .. Di Melaka sendiri majoriti warga Afrika merupakan pelajar di Universiti Multimedia.… Selain dari biadap mereka juga telah menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penghuni-penghuni rumah.. Saya rasa Kementerian Pengajian Tinggi patut memantau pelajar-pelajar asing .. Ia perlu sebelum perkara seperti di atas akan berlaku lagi..
Tags: isu semasa, Kosmo, masalah jenayah, warga Afrika
Posted in Blog, Uncategorized |
3 Comments to “Warga Afrika di Malaysia”











June 2nd, 2008 at 1:53 am
Salam zool,pergaduhan /perselisihan faham ni memang sudah berlaku begitu juga di tempat saya,diharapkan pihak berkenaan dapat bertindak dengan lebih serius,supaya negara kita ini aman damai.
June 2nd, 2008 at 11:04 am
Bagi saya,bila melibatkan kes cinta mesti melibatkan hati dn prasaan.So,manusia biasa yg lemah mana mungkin dpt tangkis emosi yg negatif ni bila brdepan masalah sebegini? Hmm…tak kira dia afrika atau bangsa apa sekalipun,manusia yg pentingkan kata hati dari naluri,inilah padahnya!Warga asing ni pun satu…tak pandai bawak diri langsung di perantauan…
June 3rd, 2008 at 3:17 pm
ini semua berlaku berasaskan kepada perniagaan semata-mata. agaknya orang kita yang sengaja cari pasal apabila menjemput mereka datang kesini.
sikap mereka menjadi-jadi apabila tiada sesiapa yang menegur!?