LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Wan Zack Haikal bakal terlepas peluang beraksi di separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya episod kecederaan pemain muda sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal kembali semula. Menurut imbasan yang dilakukan oleh doktor pasukan, pemain muda negara ini mengalami koyakan teruk pada tisu otot kaki beliau dan jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak akan mengambil risiko menyenaraikan pemain yang menjadi sebutan di aksi Piala AFF ini.

Menurutnya, kecederaan itu memungkinkan beliau terpaksa digugurkan untuk 2 aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki bertemu Thailand pada 9 dan 13 Disember ini. Selain itu, pemain tengah Mohd Shakir Shaari yang menunjukkan prestasi membanggakan mengawal bahagian tengah juga dijangkakan tidak dapat diturunkan pada pertemuan menentang Thailand pada Ahad ini berikutan kecederaan pangkal paha yang dialami ketika perlawanan menentang Indonesia pada 1 Disember yang lepas.
Sumber :- BERNAMA
Pasti ini akan memeningkan kepala jurulatih memandangkan kedua-dua pemain ini memberikan impak yang besar pada pertemuan menentang Laos dan Indonesia pada kejohanan ini. Walaubagaimanapun penggantian tetap perlu dilakukan. Secara peribadi saya berpendapat mungkin jurulatih boleh menggantikan Shakir Shaari dengan Gary Steven atau menukarkan posisi Mahali ke pemain tengah bertahan dan memasukkan Bunyamin Omar ke posisi pertahanan kanan. Untuk menggantikan Wan Zack pula, mungkin Khyril Muhymeen atau Azamudin Akil boleh diserap ke bahagian sayap kanan.
Apapun kita tunggu sahaja percaturan Datuk K Rajagobal pada malam Ahad ini.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

14 thoughts on “Wan Zack Haikal bakal terlepas peluang beraksi di separuh akhir

    1. Mengikut kenyataan memang beliau tak dapat main kedua-dua game ni.. tak tau le kalau sekadar permainan psikologi je

  1. hello bro,
    harap kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dapat beraksi menentang thailang ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)