Wan Nor Azlin rujuk masalah kepada Biro Pengaduan MCA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya rasa ramai di antara kita yang telah membaca mengenai perkara di atas samada di blog ataupun suratkhabar arus perdana.. Mungkin ada juga yang telah terlupa tentang kewujudan beliau di Malaysia setelah beliau melarikan diri suatu ketika dulu.. Dan namanya juga telah pudar dari ingatan peminat drama namun baru-baru ini nampaknya beliau muncul kembali.. Bukan muncul dalam drama mahupun filem tetapi beliau mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan masalah beliau..
Sudah jatuh ditimpa tangga.. Sudahlah penguasaha drama tidak sanggup mengambil risiko mengambil beliau berlakon, suaminya pula Mohd. Yazli Yaacob, 38, yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu dipercayai telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 30 ah long sehingga pinjamannya mencecah kira-kira RM200,000. Lupakan tentang kisah lalunya dan simpatilah dengan nasib beliau.

Beliau telah merujuk kepada Biro Pengaduan MCA .. Sebenarnya apa yang lebih menyebabkan saya lebih tertarik untuk menulis mengenai artikel ini adalah betapa besarnya nama Biro Pengaduan MCA sehinggakan Wan Nor Azlin terus mendapatkan bantuan dari mereka.. Adakah pihak-pihak yang sebangsa tidak mampu membantu beliau?? Saya akui keputusan beliau untuk terus mengadu kepada Biro tersebut adalah tepat memandangkan populariti dan kredibiliti Biro Pengaduan MCA dalam menyelesaikan masalah berkaitan.. Jadi bagaimana pula dengan Biro Pengaduan lain-lain yang sebangsa.. Adakah mereka hanya akan memandang sahaja pihak lain membantu bangsa sendiri sedangkan masing-masing sibuk bercakaran.. . So apa kata survey??Wallahualam..

Pinjam sikit ayat-ayat Nabil ‘ Lu pklah sendiri,Assalamualaikum’

Berita berkaitan :-
Ah long: Wan Nor Azlin jumpa Biro Pengaduan MCA


M’sian actress appeals to husband to settle loan sharks debts


Usah ganggu keluarga peminjam


Rayu 30 along bincang


Wan Nor Azlin Sengsara Kerana Ceti Haram

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1898
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

20 Responses to “Wan Nor Azlin rujuk masalah kepada Biro Pengaduan MCA”

  1. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Apa nak dikata?Ada ker buat loan ngan Ah Long?Tak patut betul laki dia tu…..Aku kesian pun ada bro…ngan minah nie.Bersabaulah le byk2 cik wan ooooi.

    Reply

  2. di manakah orang melayu kita? tak mahu bantu bangsa sendiri ke?

    Reply

  3. bab2 along ni memang da tau perangai diorang, tapi still pinjam, byk plak tu. memang masalah beb….tapi aku simpati gak la ngan si die ni, ape plak laki dia boley siap lari lagi. ish..

    Reply

  4. en_meNo Gravatar says:

    RM200000, wah manyaknyer..

    Reply

  5. bobNo Gravatar says:

    kesian pun ada gua tengok dia ni.. apa jantan la sanggup tgk anak bini sengsara.

    Reply

  6. syiaNo Gravatar says:

    uiks..kes along2 ni bahaya.bg syia asal settle je.. okies.. x kisah sape bantu

    Reply

  7. izzatNo Gravatar says:

    xley bla suami die ni.. tgk, orang melayu sendiri dah xyakin ngan bangsa sendiri.. kita dah mintak tolong dari mca bla bla bla.. walaupun mungkin relative nya ialah ah long tu mostly dari bangsa cina, kita bley nampak camne tahap pengaruh biro pengaduan tu sendiri… so kita sesama pk..

    Reply

  8. izzatNo Gravatar says:

    apa la suami zaman sekarang ni.. xley harap la..

    lafi satu asal x mintak ngan biro pengaduan len? kenapa mca? nampak sgt mca punya influence kat sini smp die lebih percayakan biro pengadua mca… apa2 la.. pandai2 la pk…

    Reply

  9. ktomNo Gravatar says:

    Susahnya nak komen bab ni……

    Kadang2 kita mudah meletakkan kesilapan dan mudah menghukum orang lain tanpa memberi peluang pada org itu utk terus melangkah. Siapa kita utk menghukum? Kita semua adalah manusia bukannya malaikat. Manusia sering melakukan kesilapan dan sering diberi ujian demi ujian untuk memantapkan lagi pengalaman hidup utk dijadikan sandaran.

    Jadi disini, kenapa bangsa lain sudi menghulurkan bantuan sedangkan bangsa sendiri mengenepikan masalah yg beliau hadapi. Mungkin pada mereka PADAN DGN MUKA DIA, INI ADALAH BALASAN TUHAN PADA DIA.

    Namun kita tidak sedar, kita juga tidak mungkin lepas dari melakukan kesilapan. Cuma kesilapan yg kita buat adalah berbeza antara satu sama lain dan setiap manusia akan diduga bila2 masa sahaja.

    Jauh disudut hati Ktom dapat merasakan apa yg dia rasakan. Ktom tak tahu macam mana nak menolong. Maybe zool boleh rancangkan sesuatu supaya membantu.

    Reply

  10. emmeNo Gravatar says:

    Kesian… itu je aku ble cakap… byk berdoa la Puan Wan Norazlin…

    Reply

  11. zoolNo Gravatar says:

    KPSU (PA) –> dah takdir nak buat camne…
    aeropama –> ntahalah bro..
    razifmustapha —> along ni bahaya tapi still nak pinjam…
    en me –> banyak woo.. kalau beli cacing banyak dapat..
    bob –> jantan tak guna le jawabnya.. tq bro masuk blog aku.. blogger tops masuk blog ligakampung..bangga2..
    syia –> camne nak setel.. bukan semudah disangka..
    izzat –> bukan semudah mencari suamikan.. begitu juga mencari isteri..
    ktom –> ktom rasanya mereka2 yang berkuasa yang boleh membantu.. Setakat simpati tu mampulah dibuat oleh saya.. Apa lagi kan.. Dekat sini pun ramai orang lagi susah yang tak terbantu..
    emme –> kesian .. memang itu saja kemampuan kita..

    Reply

  12. zaidiNo Gravatar says:

    biro pengaduan mca tu PR dia 8, yang sebangsa sebab banyak sangat masalah PR dia N/A. dah lah banyak masalah dapat back link pulak dari blog yg dah kene ban..tu yg jadi gitu tuh..

    Reply

  13. titanNo Gravatar says:

    ehm..kekadang, susah benda nih. Faham2 ajelah mentaliti orang melayu camana..

    Reply

  14. bd fabregasNo Gravatar says:

    mca sanggup tolong orang melayu.. di manakah umno?? jgn biarkan bangsa sendiri berpaling tadah pada parti bangsa lain.. wake up!!

    Reply

  15. azwanhadzreeNo Gravatar says:

    kes ni tak glamer, mana mau umno tolong.

    Reply

  16. aniNo Gravatar says:

    sebenonyer aku ni pun ada masaalah.kwn aku peguam dia yg sarankan
    g mca ni wat pengaduan.depa wat keja cepat.try ngadu kat lain wat dek jer.sibuk manjang.

    Reply

  17. mangsaNo Gravatar says:

    salam saya pun mempunyai masalah terhadap pinjaman keewangan untuk menambah pendapatan tapi semua tempat pertolongan yang saya pergi semuanya tidak dapat menolong malah suruh cari tempat lain.memang banyak birokrasi dan tidak mahu menolong.disini saya belajar bahawa sekiranya saya di takdirkan duduk di atas kelak maka jangan sesekali menolong terutama bangsa sendiri biar lah apa nak jadi walaupun negara tergadai sekali saya akan mengikut siapa yang memerintah walaupun bangsa asing.

    Reply

  18. norjanNo Gravatar says:

    sama le cam aku ni. masaalah aku ngadu kat pengulu dia buat dek je. sbb tu le aku dah mula nak ngadu tempat lain. biro mca bagus ke? ada email dia ke?. aku dah fedap le ngan pemimpin melayu ni.

    Reply

  19. nenyNo Gravatar says:

    rase ye mca lebih prihatin tentang masalah ah long ni. kalau refer ke biro pengaduan melayu, bkn ye nak tolong tp dia kutuk dan caci2 kita lg. siap sound kat kita, kenapa carik pasal pinjam dengan ah long? dia bkn nak tanye masalah kenapa kita pinjam dgn ah long.

    Reply

  20. mohd nazri nasronNo Gravatar says:

    terima kasih kerana sudi memaparkan luahan rasa saya ini . Saya merupakan seorang guru yang telah berkhidmat selama lima tahun dan telah disahkan jawatan tetapi atas sekali kesalahan iaitu menggunakan dadah saya terus diberhentakin bayangkan setelah saya berubah dan setelah saya menamatkan hukuman pengawasan selama dua tahun saya terus ditamatkan perkhidmatan. Saya nekad untuk berubah dsn setelah saya berumahtanga dan dikurniakan seorang anak saya terus dfiberhentikan tanpa melihat perubahan yang telah saya lakukan. Kini kehidupan saya begitu terhimpit kereta telah ditarik pinjaman perumahan yang masih berbaki 20% kepada pemaju telah mmaksa pemau agar saya membayar baki sebanyak RM20,000.00 atau pindah dari rumah tersebut. Bukankah insan seperti saya ini harus dibantu. Alhamdulillh sehingga ke hari ini saya masih lagi dapat mengawal diri saya dari terjerumus semula. Seperkara lagi mengapakah jika kita ada KABEL KUAT dalam kerajaan walaupunpun telah dimasukkan ke pusat serenti masih boleh terus bertugas sedangkan saya yang begitu komited dengan tugas ditamatkan perkhidmatan. Saya tidak pernah mencampuradukkan masalah luar dengan pekerjaan pihak tuan boleh rujuk tempat saya bertugas dahulu iaitu di SEK. KEB. HAJI MAHMUD, CHEMOR, PERAK. Sekian terima kasih

    Reply

Leave a Reply