Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Wan Nor Azlin rujuk masalah kepada Biro Pengaduan MCA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya rasa ramai di antara kita yang telah membaca mengenai perkara di atas samada di blog ataupun suratkhabar arus perdana.. Mungkin ada juga yang telah terlupa tentang kewujudan beliau di Malaysia setelah beliau melarikan diri suatu ketika dulu.. Dan namanya juga telah pudar dari ingatan peminat drama namun baru-baru ini nampaknya beliau muncul kembali.. Bukan muncul dalam drama mahupun filem tetapi beliau mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan masalah beliau..
Sudah jatuh ditimpa tangga.. Sudahlah penguasaha drama tidak sanggup mengambil risiko mengambil beliau berlakon, suaminya pula Mohd. Yazli Yaacob, 38, yang menghilangkan diri sejak 10 Julai lalu dipercayai telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 30 ah long sehingga pinjamannya mencecah kira-kira RM200,000. Lupakan tentang kisah lalunya dan simpatilah dengan nasib beliau.

Beliau telah merujuk kepada Biro Pengaduan MCA .. Sebenarnya apa yang lebih menyebabkan saya lebih tertarik untuk menulis mengenai artikel ini adalah betapa besarnya nama Biro Pengaduan MCA sehinggakan Wan Nor Azlin terus mendapatkan bantuan dari mereka.. Adakah pihak-pihak yang sebangsa tidak mampu membantu beliau?? Saya akui keputusan beliau untuk terus mengadu kepada Biro tersebut adalah tepat memandangkan populariti dan kredibiliti Biro Pengaduan MCA dalam menyelesaikan masalah berkaitan.. Jadi bagaimana pula dengan Biro Pengaduan lain-lain yang sebangsa.. Adakah mereka hanya akan memandang sahaja pihak lain membantu bangsa sendiri sedangkan masing-masing sibuk bercakaran.. . So apa kata survey??Wallahualam..

Pinjam sikit ayat-ayat Nabil ‘ Lu pklah sendiri,Assalamualaikum’

Berita berkaitan :-
Ah long: Wan Nor Azlin jumpa Biro Pengaduan MCA


M’sian actress appeals to husband to settle loan sharks debts


Usah ganggu keluarga peminjam


Rayu 30 along bincang


Wan Nor Azlin Sengsara Kerana Ceti Haram

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 47
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

16 comments to Wan Nor Azlin rujuk masalah kepada Biro Pengaduan MCA

  • Apa nak dikata?Ada ker buat loan ngan Ah Long?Tak patut betul laki dia tu…..Aku kesian pun ada bro…ngan minah nie.Bersabaulah le byk2 cik wan ooooi.

    Reply

  • di manakah orang melayu kita? tak mahu bantu bangsa sendiri ke?

    Reply

  • bab2 along ni memang da tau perangai diorang, tapi still pinjam, byk plak tu. memang masalah beb….tapi aku simpati gak la ngan si die ni, ape plak laki dia boley siap lari lagi. ish..

    Reply

  • RM200000, wah manyaknyer..

    Reply

  • bobNo Gravatar

    kesian pun ada gua tengok dia ni.. apa jantan la sanggup tgk anak bini sengsara.

    Reply

  • uiks..kes along2 ni bahaya.bg syia asal settle je.. okies.. x kisah sape bantu

    Reply

  • xley bla suami die ni.. tgk, orang melayu sendiri dah xyakin ngan bangsa sendiri.. kita dah mintak tolong dari mca bla bla bla.. walaupun mungkin relative nya ialah ah long tu mostly dari bangsa cina, kita bley nampak camne tahap pengaruh biro pengaduan tu sendiri… so kita sesama pk..

    Reply

  • apa la suami zaman sekarang ni.. xley harap la..

    lafi satu asal x mintak ngan biro pengaduan len? kenapa mca? nampak sgt mca punya influence kat sini smp die lebih percayakan biro pengadua mca… apa2 la.. pandai2 la pk…

    Reply

  • Susahnya nak komen bab ni……

    Kadang2 kita mudah meletakkan kesilapan dan mudah menghukum orang lain tanpa memberi peluang pada org itu utk terus melangkah. Siapa kita utk menghukum? Kita semua adalah manusia bukannya malaikat. Manusia sering melakukan kesilapan dan sering diberi ujian demi ujian untuk memantapkan lagi pengalaman hidup utk dijadikan sandaran.

    Jadi disini, kenapa bangsa lain sudi menghulurkan bantuan sedangkan bangsa sendiri mengenepikan masalah yg beliau hadapi. Mungkin pada mereka PADAN DGN MUKA DIA, INI ADALAH BALASAN TUHAN PADA DIA.

    Namun kita tidak sedar, kita juga tidak mungkin lepas dari melakukan kesilapan. Cuma kesilapan yg kita buat adalah berbeza antara satu sama lain dan setiap manusia akan diduga bila2 masa sahaja.

    Jauh disudut hati Ktom dapat merasakan apa yg dia rasakan. Ktom tak tahu macam mana nak menolong. Maybe zool boleh rancangkan sesuatu supaya membantu.

    Reply

  • Kesian… itu je aku ble cakap… byk berdoa la Puan Wan Norazlin…

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    KPSU (PA) –> dah takdir nak buat camne…
    aeropama –> ntahalah bro..
    razifmustapha —> along ni bahaya tapi still nak pinjam…
    en me –> banyak woo.. kalau beli cacing banyak dapat..
    bob –> jantan tak guna le jawabnya.. tq bro masuk blog aku.. blogger tops masuk blog ligakampung..bangga2..
    syia –> camne nak setel.. bukan semudah disangka..
    izzat –> bukan semudah mencari suamikan.. begitu juga mencari isteri..
    ktom –> ktom rasanya mereka2 yang berkuasa yang boleh membantu.. Setakat simpati tu mampulah dibuat oleh saya.. Apa lagi kan.. Dekat sini pun ramai orang lagi susah yang tak terbantu..
    emme –> kesian .. memang itu saja kemampuan kita..

    Reply

  • biro pengaduan mca tu PR dia 8, yang sebangsa sebab banyak sangat masalah PR dia N/A. dah lah banyak masalah dapat back link pulak dari blog yg dah kene ban..tu yg jadi gitu tuh..

    Reply

  • ehm..kekadang, susah benda nih. Faham2 ajelah mentaliti orang melayu camana..

    Reply

  • mca sanggup tolong orang melayu.. di manakah umno?? jgn biarkan bangsa sendiri berpaling tadah pada parti bangsa lain.. wake up!!

    Reply

  • kes ni tak glamer, mana mau umno tolong.

    Reply

  • aniNo Gravatar

    sebenonyer aku ni pun ada masaalah.kwn aku peguam dia yg sarankan
    g mca ni wat pengaduan.depa wat keja cepat.try ngadu kat lain wat dek jer.sibuk manjang.

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>