post

Wan Kuzri beraksi untuk skuad Bawah 18 ?

Jika sebelum ini impian skuad Malaysia untuk memiliki pemain yang beraksi di Liga MLS, Wan Kuzain di dalam Sukan SEA tidak terhasil.
Ini akibat beberapa masalah teknikal yang tidak membenarkan pemain kelahiran Amerika itu beraksi menyarung jersi Harimau Malaya tetapi kini nampaknya skuad Bawah 18 Tahun mungkin boleh mengambil adik beliau iaitu Wan Kuzri.
Wan Kuzri yang berusia 18 tahun dikatakan meminati untuk mewakili skuad negara selain sebelum ini dijadualkan untuk menyertai satu sesi pemantapan skuad B-18 di Jepun pada Mac lepas.

“Dia amat berminat untuk menyertai kami. Mengikut perancangan asal beliau akan diterbangkan dari Amerika Syarikat ke Jepun bagi menyertai sesi latihan di sana, namun perancangan itu terbatal kerana pandemik COVID-19,” jelasnya.

Selain Wan Kuzri, Kamarul Ariffin berkata barisan kejurulatihan turut memantau perkembangan dua pemain masing-masing dari Sabah dan Melaka yang berpotensi tinggi untuk diserapkan dalam skuad negara.

Kejuaraan B-19 AFC 2020 menjadi medan kelayakan ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021 di Indonesia dan skuad B-18 negara menyasarkan muncul pasukan Malaysia pertama layak secara merit beraksi di pentas saingan Piala Dunia itu.

— BERNAMA

Mungkin perlu dapat persetujuan awal supaya kes seperti yang berlaku pada Wan Kuzain tidak berlaku pada Wan Kuzri. Kena tengok dari segi dokumentasi dan pengesahan dahulu. Selain itu, kena juga nilai secara adil samada beliau lebih baik dari pemain sediada atau hampir sama.
Ini penting supaya pemilihan bukan berlandaskan kepada populariti sahaja tetapi pada kemampuan pemain itu sendiri.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.