Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Wan Kuzain bakal sertai Liga Malaysia ?

Pemain bolasepak sensasi kelahiran US dan mempunyai darah Malaysia, Wan Kuzain tidak disambung kontrak dengan pasukan Sporting Kansas City.
Ini menyebabkan terdapat spekulasi bahawa beliau mungkin akan beraksi di Liga Malaysia pada tahun depan.
Selain itu seorang lagi pemain yang mempunyai darah Malaysia yang beraksi di US iaitu Isaac Angking juga turut menerima nasib yang sama.

Wan Kuzain merupakan salah seorang produk Akademi Sporting Kansas dan mengikat kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan lanjutan bagi tahun 2021 dan 2022.
Kuzain telah tampil dalam 61 perlawanan bersama pasukan feeder club Sporting KCII dan pernah beraksi selama 6 perlawanan MLS bersama skuad utama Sporting KC.
Beliau telah menjaringkan 1 gol dalam MLS.

Namun berita ini pasti menimbulkan spekulasi tentang karier beliau seterusnya. Adakah Liga Malaysia menjadi destinasi seterusnya?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)