Wan Kuzain bakal sarung jersi Harimau Malaysia ?

Pemain muda bola sepak kacukan Melayu dan Amerika Syarikat, Wan Kuzain telah menolak pelawaan mewakili Harimau Malaysia beberapa hari lalu namun bersedia membuat pusingan U.
Wan Kuzain yang pernah menjadi viral apabila aksinya ditonton oleh jutaan peminat bolasepak sedikit masa dahulu juga tesenarai dalam senarai 30 pemain dalam sesi latihan awal skuad Piala Dunia bawah 17 Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Dia yang dilahirkan di AS kini telah mengikat kontrak dengan kelab Major League Soccer AS, Sporting Kansas City dan beraksi untuk skuad bawah 18 tahun. Sebelum ini bapanya, Prof Dr Wan kamal Wan Napi menolak pelawaan Datuk Ong Kim Swee untuk memberi peluang mewakili negara apabila menegaskan yang anaknya bakal melanjutkan pelajaran di universiti di AS.
-HMetro

Ligakampung.com merasakan peluang ini patut diambil oleh pihak FAM demi kemajuan bola sepak negara. Pasti Kuzain akan menjadi fenomena sekiranya beliau mewakili Malaysia. Namun terlalu awal untuk menjadikan beliau ‘SUPERSTAR’ memandangkan kemampuan beliau di peringkat senior belum teruji. Walaupun aksi di Youtube cukup menarik tapi pencapaian beliau dalam aksi tertinggi perlu diperhatikan juga.
Apapun peluang ini juga diharap dapat membuka mata pihak berkaitan untuk mencari para pemain lain yang beraksi di luar negara. Kalau tak silap ada beberapa pemain lain yang juga beraksi di luar negara.
Semoga wan Kuzain akan digelar ‘Messi Malaysia’ dan bukan ‘Messi Amerika’. Ini kerana kalau LAMBAT bertindak pasti pihak Amerika yang akan melamar beliau. Pasti mereka lebih berkemampuan dari Malaysia.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply