LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Wan Kuzain 100 peratus Malaysia, Melayu : Adakah bakal mewakili Malaysia ?

Pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain baru-baru ini telah pulang ke Malaysia. Tapi peminat bola sepak Malaysia jangan gembira sangat ye. Dia datang ke Malaysia bukan untuk bermain dalam Liga Malaysia tetapi untuk mempromosikan bolasepak di peringkat akar umbi bersama Adidas Malaysia.
Wan Kuzain yang kini beraksi dengan pasukan Sporting Kansas City mendapat tajaan selama setahun oleh Adidas Malaysia.
Pemain berusia 20 tahun yang pernah menjadi sensasi di Youtube sedikit masa dahulu kini beraksi di posisi pemain tengah bertahan.
Dalam temubualnya dengan media tempatan beliau memakluman yang beliau suka dengan Malaysia samada makanan, budaya dan masyarakat yang berbilang kaum.

“Saya lahir di AS tetapi saya 100 peratus Malaysia. Saya juga 100 peratus Melayu.

“Saya suka nasi lemak, asam laksa dan ayam percik. Ayah saya selalu masak masakan Melayu di rumah,” katanya.
Menurutnya walaupun dilahirkan di Amerika Syarikat namun ibubapanya tetap bertutur dalam bahasa Melayu di rumah namun Kuzain agak kekok untuk berbicara dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, minatnya terhadap sukan bola sepak bermula sejak berusia empat tahun apabila mengikuti bapanya beraksi di padang.
Beliau juga amat berbangga dapat beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) kerana dapat bertemu dengan beberapa bintang seperti Wayne Rooney, Didier Drogba dan Zlatan Ibrahimovic di padang.

Wan Kuzain melakukan aksi timbang bola semasa sesi bertemu peminat dan media di Football Republic, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini foto Shaari Chemat/The Star

Kuzain merupakan pemain dari akademi Sporting KC yang mula disertai pada tahun 2016 dan kemudiannya menyertai akademi Swope Park Rangers menerusi kontrak pemain akademi.
Beliau berjaya memperoleh kontrak homegrown bersama Sporting KC pada April 2018 dan berjaya melakukan penampilan pertama bersama pasukan utama Sporting Kc.
Sejarah tercipta apabila beliau berjaya meledak gol sulung dalam kejohanan MLS ketika membenam skuad Minnesota United 4-1 pada Jun lalu.

[ Wan Kuzain tidak akan wakili Malaysia ]

Ligakampung.com memang respek habis dengan Wan Kuzain ni tapi secara jujurnya tidak mengharapkan beliau mewakili skuad negara. Apa yang kami harapkan agar beliau meneruskan kerjaya di MLS dan cuba untuk menerobos ke Liga yang lebih utama seperti di Eropah.
Sedikit sebanyak sejarah Malaysia dapat terpalit sama walaupun mungkin Kuzain tidak mewakili skuad Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)