LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Wakil Kejohanan Badminton Dunia 2015 : Wei Feng atau Zulfadli disingkir

Bagi peminat Badminton mungkin mengetahui bahawa bekas pemain no 1 dunia, Lee Chong Wei telah dibenarkan untuk beraksi selepas tamat tempoh penggantungan tempohari. Selepas kembali, ranking beliau jatuh ke tempat 45. Ia ekoran tidak menyertai sebagarang kejohanan selama 7 bulan.
Ranking tersebut menyebabkan beliau sebagai pemain ketiga negara. Ini menimbulan isu apabila Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Ogos depan. Ini berikutan Malaysia hanya dibenarkan menghantar 2 pemain sahaja pada kejohanan dunia kerana pemain-pemain yang lain berada dalam kelompok ranking dunia 25-150.

Isu ini menimbulkan persoalan kerana 2 pemain iaitu Chong Wei Feng dan Zulfadli yang telah layak secara merit perlu dikorbankan jika ingin membenarkan Lee Chong Wei beraksi pada kejohanan ini. Persatuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan untuk tidak memberikan tiket wild-card pada tahun ini dan menyebabkan BAM selaku badan induk badminton negara perlu membuat keputusan.

wei-feng-zulfadli
Siapa lebih layak ? Chong Wei Feng atau Zulfali ?

Sudah pasti, kedua-dua pemain Chong Wei Feng dan Zulfadli tidak mahu melepaskan hak mereka yang layak secara merit. Namun pengorbanan perlu dilakukan untuk memberikan peluang mendapatkan pingat melalui Lee Chong Wei.

Sememangnya agak sukar untuk memilih salah seorang pemain kerana prestasi kedua-dua pemain agak setara. Tiada yang lebih baik dan tidak terlalu kurang. Jadi sukar untuk menilai berdasarkan ranking sahaja. Mungkin boleh diadakan perlawanan antara mereka untuk menentukan siapa yang patut layak.

Lee Chong Wei
Atau Chong Wei yang patut disingkirkan ?

Pada pandangan anda pula bagaimana ? Adakah anda rasa Wei Feng atau Zulfadli perlu disingkir? Atau mungkin ada yang berpendapat supaya Lee Chong Wei yang tidak perlu disenaraikan? Bincang-bincangkan sikit.

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Wakil Kejohanan Badminton Dunia 2015 : Wei Feng atau Zulfadli disingkir

  1. Susah juga mo tentukan antara mereka berdua.. sebab kurang mnonjol.. huhu.. kecuali wei feng jak la.. cemerlang masa Thomas Cup dulu..

  2. Dari segi prestasi semasa kedua2 nya sama level jek. So utk berlaku adil lakukan perlawanan simulasi antara mereka.

    Pastue lwn chong wei utk nilai prestasi semasa salah seorang dari mereka. Kalah atau menang dgn chong wei baru buat pemilihan terakhir.

    Adil utk kedua2 player…saper taknak main kejohanan dunia kan..

    p/s: wpon pilih salah seorang dari mereka, takut2 pusingan kelayakan pon dah out nanti.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)