Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni terbaca berita dalam Kosmo di mana skim baucar
RAWANG – Pemberian skim baucar diskaun sebanyak RM5,000 untuk kereta nasional yang ditamatkan pada 1 November lalu tidak mustahil ia akan diadakan semula jika itu yang dikehendaki oleh rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ketika ini pihaknya sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung pelaksanaan skim berkenaan.
Sebelum ini katanya, skim tersebut ditamatkan setelah semua dana yang disediakan habis digunakan tetapi kerajaan sentiasa fleksibel dan akan menyelami hasrat rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan mereka.
Bercerita tentang skim baucar kereta yang diperkenalkan oleh Kerajaan ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan industri automotif negara. Bukan hanya di Malaysia sahaja malahan di Amerika juga terdapat skim yang dinamakan ‘Cash for Clunkers’. Mungkin sedikit berbeza tapi matlamatnya untuk mengurangkan lambakan kereta lama di jalanraya yang sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap pemanduan.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Setujukah dengan skim baucar kereta ini atau ianya membazir sahaja?? Bincangkanlah disini.
Saya merupakan salah seorang yang menggunakan skim ini suatu waktu dahulu. Malahan pernah berkonfrontasi dengan seseorang . He hehe..
RSS Feed
Twitter



November 30th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Skim baucar ni bagus jugak. Boleh memberi ruang kepada rakyat untuk memiliki kereta.
Satu je masalahnya, bila banyak sangat kereta atas jalan raya, mula la jalan sesak sana sini. Aliran trafik kat negara kita ni pun teruk jugak. Tak mampu nak menampung banyak sangat kenderaan…
Reply
Kerajaan hanya tau nak menguntungkan negara tapi tak pikir masalah dunia. Lagi banyak kereta, lagi tinggi pencemaran udara. haha.
Reply
Kewajarannya adalah bergantung kepada persepsi dan perspektif individu.Pada hemat saya, ianya wajar bagi menggalakkan dan merancakkan kembali indusri kereta dan seterusnya memangkin ekonomi kita.Tambahan pula boleh mengurangkan pengangguran dan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial kita.Namun apa yang perlu, kerajaan perlu lebih komprehensif effektif dalam menangani isu – isu berbangkit seperti yang dicoretkan dalam komen2 di sini.
Reply
setuju!
Reply
saya setuju sangat 99999999999999999999x.hehe
adakan semula.
Reply