LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Vuvuzela diharamkan dari stadium

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk mengharamkan vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya daripada dibawa masuk ke dalam stadium semasa perlawanan bolasepak. Ia adalah hasik Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke 14 yang diadakan pada 11 September yang lalu.
Sumber :- SinarHarian

Image Hosting
Ooo tahukah anda tentang Vuvuzela ni? Tengok gambar di atas ni.. Seorang wanita meniup sesuatu yang dinamakan Vuvuzela. Alat ni lebih kurang macam trompet tapi bunyinya memang kuat dan ada artikel mengatakan mampu membingitkan telinga dan menganggu pemain.

Saya tak pasti samada penggunaan vuvuzela ini menganggu atau tidak konsentrasi para pemain. Almaklumlah, tak pernah merasa main bolasepak dihuni penonton. Namun yang menjadi persoalannya adalah bagaimana untuk penguatkuasaan dilaksanakan. Ia bukan perkara yang mudah memandangkan terdapat perlawanan bolasepak yang dikunjungi puluh ribu pengunjung pada sesuatu masa berbanding dengan penguatkuasa yang mungkin hanya puluhan sahaja yang bertugas.
Ditambah pula, Vuvuzela ini boleh disorok dengan mudah. Memang agak sukar untuk merealisasikan peraturan ini. Kalau kita tengok sekarang ni pun, semua sedia maklum bahawa mercun adalah barangan terlarang namun masih mampu diseludup. Malahan, botol minuman pun mampu menjadi senjata yang menganggu pemain bolasepak di tengah padang.
Tapi apapun, mungkin pihak FAM mempunyai kaedah tersendiri untuk melaksanakan peraturan ini. Semoga mereka berjaya. Sambil tu dengarlah video youtube dan rasai bunyi vuvuzela yang merdu ini..

Sekian.

p/s :- Tak pernah pun tiup Vuvuzela ni.. Rasa cam nak beli je la.. Beli kat mana ek? Eh kat Amazon.com ada jual Vuvuzela la

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Vuvuzela diharamkan dari stadium

  1. Setakat nih tengok kat amazon macam kt atas tuh. Rupnya FAM pun ikut ban trumpet nih… sori bro, kami panggil tuh jer heee apa2 pun thank share…

  2. sebenarnya utk memeriahkan..byk benda lain yg patut diharamkan dan dikuatkuasakan dulu..ni benda remeh je..xda pun lagi dgr ada org pekak pasal vuvuzela…buta kena mercun adala..ni sebenarnya melambangkan cara persatuan ‘kita’ befikir…benda remeh dilayan, benda wajid buat dek je, mana nak maju sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)