LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Vivian – Khe Wei berjaya menjuarai Kejuaraan New Zealand

Pasangan beregu wanita negara yang terumbang ambing,Vivian Hoo-Woon Khe Wei mendapat tonik terbaik selepas menjuarai Kejohanan Terbuka New Zealand pada Ahad lalu.
Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan itu terpaksa berhempas pulas selama 1 jam 21 minit untuk menumbangkan pasangan dari Indonesia Greysia Polii/Apriyani Rahayu dengan keputusan 21-18, 13-21, 21-13.
Ini juga merupakan perlawanan final mereka yang pertama dalam tempoh 31 bulan selepas kali terakhir berada di peringkat akhir di Kejohanan Terbuka Syed Modi di India pada Januari 2015 dimana mereka bergelar naib juara tumpas kepada pasangan Malaysia, AMelia Anscelly/Soong Fie Cho.

Kemenangan ini pasti merupakan keputusan yang baik bagi pasangan negara ini yang menghadapi situasi akan dipisahkan berdasarkan prestasi tidak menentu selepas beraksi baik dalam Sukan Olimpik 2016 yang lalu.
Vivian berkata ‘ Kami memerlukan kemenangan ini bagi mengembalikan keyakinan terutama menjelang SUkan SEA yang akan berlangsung beberapa minggu lagi’.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)