Vivian Hoo/Yap Cheng Wen lakar kejutan tumpaskan beregu no 30 dunia

Pasangan beregu wanita negara yang menduduki tempat ke 75 dunia, Vivian Hoo/Yap Cheng Wen berjaya mengejutkan pasangan beregu no 30 dunia dari Jepun Misato Aratama/Akane Watanabe dalam perlawanan akhir SIri Jelajah DUnia Super 300 Terbuka Macau semalam.
Pasangan yang baru digandingkan buat pertama kali pada September lalu berjaya menumpaskan beregu Jepun itu dalam tempoh 39 minit dengan keputusan 21-15, 22-20.

Foto Utusan

Pasangan ini juga beraksi baik dalam kejohanan ini apabila tidak tumpas sebarang set. Mereka membawa pulang cek bernilai US$11,850 (RM49,300) selaku juara dan mencipta sejarah beregu wanita pertama memenangi kejohanan di Macau yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2006.
Tahniah Ligakampung ucapkan namun jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan ini. Seeloknya mereka perlu mengejar Olimpik 2020 yang hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives