Vincent Tan ingin jual Cardiff City?

Pemilik pasukan bola sepak Cardiff City , Tan Sri Vincent Tan tidak ingin menjual kelab tersebut tetapi ingin membuka ruang untuk tawaran, menurut laporan media Britain, BBC.
Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa taikun Malaysia itu menafikan gosip bahawa beliau ingin menjual kelab tersebut namun dalam masa sama memberitahu bersedia mendengar sebarang tawaran dan hanya akan menjual pada harga terbaik.

Tan yang sering hadir ke perlawanan Cardiff diberitakan tiada dalam 2 perlawanan terakhir yang meningkatkan lagi spekulasi bahawa beliau sudah hilang minat untuk menjadi pemilik kelab dari Wales itu.
Walaubagaimanapun pada perlawanan Sabtu lalu beliau menyaksikan Cardiff menumpaskan Aston Villa 3-0 dalam perlawanan Liga.

Vincent Tan selaku pemilik pernah mencetuskan kontroversi apabila cuba untuk menukar jersi utama dari biru ke merah sebelum ini.
Berita ini mungkin agak menarik untuk dilihat. Rasanya pemilikan beliau dalam pasukan Cardiff ada menampakkan usaha memajukan bolasepak negara apabila ada kejohanan bolasepak tempatan yang melibatkan kepakaran dari Cardiff City.
Selain itu ada juga kerjasama secara langsung antara Cardiff dan pasukan bolasepak negara terutama di peringkat bawahan. Namun sekiranya beliau ingin menjual, itu adalah haknya sebagai seorang Usahawan. Tidak ada salah untuk beliau membuat keputusan itu.
Mungkin ia akan menjadi sejarah bagi bolasepak di Cardiff namun diharap kerjasama boleh dijalinkan walaupun pemilik yang lain.

Agak-agak bila Ligakampung.com nak memiliki kelab bolasepak ye? Tak payah jauh-jauh dapat memiliki kelab bola sepak Malaysia pun jadilah. Hehehehe

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Vincent Tan ingin jual Cardiff City?

Leave a Reply