Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Video : Pemain bolasepak selamatkan lawan

Jarang sekali blog ini berkongsi video dengan pembaca. Tetapi hari ini saya terjumpa satu berita yang berlaku dalam satu perlawanan bolasepak di Ukraine.
Satu kejadian ngeri yang mungkin boleh membawa maut berlaku di Liga Ukraine dimana ketua pasukan Dynamo Kiev, Oleh Husev telah mengalami kemalangan apabila mukanya terhentak lutut penjaga gol kelab Dnipro Dnipropetrovsk’s ketika mengejar bola.
VH1z_Ij-360

Husev jatuh dan lidahnya terkeluar akibat dari pelanggaran tersebut sekaligus menghalang udara dari memasuki badannya. Salah seorang pemain lawan Jaba Kankava terus melakukan bantuan kecemasan. Bantuan tersebut berjaya membantu Husev untuk sedar dan seterusnya dibawa ke hospital.
Tengoklah video dibawah ini :-

Memang ngeri juga bila tengok pemain tu terlanggar dengan kaki penjaga gol tu. Memang merbahaya kalau tidak disedari oleh rakan-rakan. Satu semangat kesukanan yang amat baik oleh pemain lawan. Cuma mesti penjaga gol tu rasa serba salahkan.. Tapi dah memang tugas dia untuk menghalang pasukan lawan dari menjaringkan gol kan?

2 thoughts on “Video : Pemain bolasepak selamatkan lawan

  1. Bahaya datang tak boleh diduga. Dah nak jadi. Tapi memang bagus lah pemain lawan yang selamatkan dia tu. Kalau saya, tak tahulah nak buat apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.