Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ini terbaca berita mengenai permainan video game yang merosakkan akidah di Harian Metro. Jadi terasa nak memberi sedikit pendapat mengenai pengaruh video game di kalangan penggemarnya.
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman terdapat beberapa peringkat bagi pengemar permainan video game ini iaitu :-

1. Suka-suka je layan. Ada sesetengah pengemar video game hanya sekadar untuk membuang sedikit masa. Ini berlaku terutama bagi mengurangkan tekanan. Biasanya permainan yang dilayan adalah yang mudah-mudah cam ‘solitaire’,’game flash’. Kiranya game yang mudah nak menang..
2. Berjadual. Ada waktu-waktu tertentu yang telah ‘diset’ untuk bermain game..
3. Obses.. Ni yang paling teruk.. Sanggup mengadap game berjam-jam sampai mata naik lebam.. Dan hidup pun dah tak cam manusia normal..

Itu adalah beberapa peringkat bagi pengemar game. Diharapkan anda semua berada dalam level 1 tu ye.. Berbalik kepada pengaruh video game terhadap minda. Sebenarnya terdapat pengaruh baik dan buruk terhadap minda terutamanya remaja.
Ianya bergantung kepada jenis game yang dipilih. ANtaranya :-

1. Game bercorak menjana minda amat baik untuk remaja. Seperti game menyusun perkataan, catur dan sebagainya. Ia mampu membantu remaja meningkatkan kemampuan dalam berfikir.
2. Game bercorak sukan tidak banyak pengaruh positifnya. Mesti ramai yang akan menyangkal pendapat ini tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, permainan sukan hanya sesuai untuk suka-suka sahaja. Kalau kata bermain simulasi boleh meningkatkan skill anda dalam sukan, rasanya tidak kot.. Setuju atau tidak terpulanglah..
3. Game bercorak strategi perang-perang.. Ada yang kata boleh memberikan pengetahuan tentang cara-cara sekiranya berperang. Tapi logik ke?? Ntahlah si Zool tak setuju. Anda bagaimana???
4. Game bercorak gaduh-gaduh.. Tajuk game pun dah melambangkan negatifnya.. Dah tentulah pengaruh buruk akan terpalit pada generasi kini.
5. Game lucah. Ini dah tentu-tentu memberikan rangsangan nafsu kepada pengemarnya..

Mungkin ada beberapa jenis lagi game tetapi rasanya itu yang dapat diingati buat masa ini. Antara pengaruh buruk pula ialah :-

1. Terpengaruh dengan propaganda musuh.Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang hampir menyerupai alam realiti. Propaganda yang diselitkan mampu menyelinap dalam diri pemain tersebut.
2. Membazir masa, wang dan tenaga. Terdapat budak-budak sekolah yang sanggup berhabisan duit untuk bermain permainan video game di Cyber Cafe. Malahan ada yang sanggup mencuri dan menipu ibubapa semata-mata untuk melayan video game.
Tak kurang juga yang menghabiskan duit mencari DVD game di merata tempat.
3. Melalaikan bagi mereka yang obses. Bayangkan kalau duduk mengadap game sehingga lupa pada tanggungjawab. Pasti memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
4. Masalah fizikal. Selain memberi kesan kepada mata, ianya turut menyebabkan anggota tubuh lain mengalami masalah. Ianya memberi impak kepada kesihatan diri yang seterusnya membawa ke mental.

Bukan semua permainan video memberi pengaruh buruk terhadap pengemarnya. Mungkin ianya memberi impak pada segelintir yang tidak mampu membezakan yang baik atau buruk. Yang paling penting perlu ada pengawasan dari semua. Ia bagi mengelakkan pengaruh negatif yang ditonjolkan dalam permainan video memberi kesan kepada pengemarnya.

Bayangkan bagaimana nasib depan negara sekiranya remaja kita masih khayal dengan permainan video sedangkan orang lain telah maju ke depan menghasilkan pelbagai inovasi. Secara jujurnya saya juga pernah pengemar video game sedikit masa dahulu tapi seiring dengan usia minat menjadi pudar. Tipulah kalau katakan tidak terkena tempias dengan bahan negatif dalam permainan video ni.. Alhamdulillah ianya tidak terlalu mempengaruhi diri ini.

Okay cukuplah untuk entri kali ini. Cuba bincangkan dan fikirkan..
Pasti ramai penggemar game yang tidak bersetuju dengan kenyataan diatas. Almaklumlah ramai dari kita yang memang gemar dengan permainan video samada PS, XBOX dan sebagainya ( si Zool tak follow tak tau)..

p/s :- Kepada sesiapa yang ingin menggunakan artikel ini untuk kegunaan karangan, pengucapan awam dan sebagainya, eloklah kalau diubahsuai kerana ayat-ayat yang ditaip memang tak berapa cantik strukturnya.,