Tahun ini Sukan Malaysia (SUKMA) ke 18 akan bermula pada 22 Julai ini dimana Sarawak menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan tempatan ini. Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Kameri Affendi kesemua 23 venue telah bersedia untuk menjadi gelanggang bagi 24 jenis sukan.
Kejohanan ini dijangka akan disertai oleh kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari seluruh negara dan Brunei. Perkampungan Sukan di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) akan menjadi lokasi penempatan bagi mereka.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SUKMA ke 18, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menaik taraf venue sedia ada serta terdapat pembinaan kemudahan yang baru. Tamabahan RM50 juta juga diperuntukkan bagi kos operasi dan penganjuran temasya sukan di Sarawak ini.
Sarawak selaku tuan rumah akan menyenaraikan 548 atlet selaku pasukan tertinggi diikuti kontijen Selangor dan Perak. Pasukan Sarawak juga menyasarkan untuk menjadi juara keseluruhan bagi kejohanan SUKMA kali ini. Untuk rekod, kejohanan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, pasukan Wilayah Persekutuan menjadi juara keseluruhan apabila mengondol 55 emas pada kejohanan yang berlangsung di Perlis itu.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dijangka merasmikan pembukaan temasya sukan itu di Stadium Sarawak pada 23 Julai, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis penutup pada 31 Julai. Berikut merupakan lokasi sukan-sukan yang akan berlangsung :-
Bandar | Lokasi | Sukan |
Kuching | Stadium Sarawak | Upacara pembukaan dan penutup, Olahraga |
Stadium Negeri Sarawak | Bola sepak | |
Stadium Petra Jaya | Taekwondo, Gymnastics (Artistic) | |
Stadium Majlis Perbandaran Kuching Selatan | Gymnastics (Rhythmic), Tinju | |
Stadium Lawn bowls Sarawak | Lawn bowls | |
Stadium Hoki Sarawak | Hoki (Lelaki) | |
Padang Sekolah Hoki Paku | Hoki (Perempuan) | |
Bukit Siol Kuching, Politeknik Matang, Federal Administrative Center | Basikal | |
Sarawak Lawn Tennis Association | Tennis | |
Sekolah Chung Hua | Wushu | |
Stadium Akuatik Sarawak | Akuatik | |
Gelanggang Skuash Sarawak | Skuash | |
Megalane Bowling Center, Batu Kawa | Bowling | |
Pusat Petanque Sarawak | Petanque | |
Pusat Menembak Sarawak | menembak | |
Kelab Golf Sarawak | Golf | |
Samarahan | Universiti Malaysia Sarawak | Memanah |
Stadium Indoor Kota Samarahan | Pencak silat | |
Universiti Teknologi MARA | Angkat Berat | |
Miri | Stadium Miri | Karate, Sepak takraw |
Marina Bay Miri | Sailing | |
Sibu | Stadium Taman Rejang Stadium | Bola Tampar |
Stadium Indoor Sibu | Badminton |
** Sebarang perubahan tertakluk kepada para pengajur
Semoga kejohanan SUKMA kali ini dapat menghasilkan atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Sudah pasti ada antara mereka yang akan bertanding pada SUKAN SEA 2017 yang akan berlangsung di Malaysia.
Untuk maklumat terkini mengenai SUKMA 2016, sila layari laman web https://sukmasarawak2016.my/