LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Velodrom Rakyat diharap dapat dimanfaatkan

Kuala Lumpur: Persatuan Berbasikal Perak (PCA) tidak mahu Velodrom Rakyat di Ipoh menjadi “gajah putih” apabila ia siap diperbaiki pada Jun depan.

Menurut presidennya Datuk Amarjit Singh Gill, velodrom itu harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam membangunkan pelumba tempatan.

“Velodrom Rakyat dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan lagi. Kerja berjalan lancar dan saya percaya ia mampu digunakan pada pertengahan tahun depan.

“Bagaimanapun kami tidak mahu ia menjadi “kosong” apabila siap nanti. Kami merancang untuk menjadikan Velodrom Rakyat sebagai pusat tumpuan untuk latihan dan pertandingan pelumba dari utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.

Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut menjelaskan kemudahan seperti tempat tinggal juga ada di velodrom itu.

“PKBM bercadang berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak terbabit untuk menjalankan program serantau selain penganjuran kejohanan.

“Jadi kami harus memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan besar hingga RM10 juta.

“Malah saya yakin aspek penyelenggaraan tidak akan menjadi masalah besar kerana kayu yang digunakan mempunyai jaminan 25 tahun,” katanya.

Velodrom Rakyat dibina dengan nilai RM3.25 juta berukuran 250 meter dan menggunakan permukaan kayu.

Namun ia tidak dapat digunakan kerana rosak sejak 2013 hingga mendapat perhatian KBS yang menghulurkan peruntukan untuk membaikinya.
– HMetro

Ligakampung mengharapkan agar Persatuan Berbasikal memainkan peranan yang cukup proaktif bagi menghidupkan suasana di Velodrom Rakyat itu nanti.
Sukan berbasikal trek Malaysia kini telah melahirkan atlet-atlet berkelas dunia seperti Azizulhasni dan Fatehah. Semoga dengan pengemaskinian Velodrom ini dapat mencungkil bakat baru.
Sudah pasti pemain seperti Azizul dan Fatehah akan bersara dalam tempoh terdekat jadi para pelapis perlu timbul dalam masa terdekat juga.
Selain itu, sekiranya acara-acara trek di meriahkan sudah pasti akan meningkatkan lagi ekonomi di kawasan sekitar. Ia juga boleh memberi manfaat atas peruntukan yang diberikan oleh KBS itu.
Semoga ada juga pihak penaja yang sudi menaja untuk velodrom itu sentiasa di Selenggara. Diharap pengurusan velodrom tidak mengharapkan 100% ihsan dari Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan itu. Semoga ia tidak menjadi satu lagi Projek Gajah Putih.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Velodrom Rakyat diharap dapat dimanfaatkan

Leave a Reply to Ira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)