Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Hari ni didatangi oleh sekumpulan budak-budak muda dalam lingkungan 20-an yang bertindak selaku jurucakap untuk temujanji mengenai pembinaan laman web jabatan. Temujanji yang dilakukan pada minggu lepas bagi membina sebuah portal jabatan yang perlu disiapkan dalam tempoh terdekat. Almaklumlah, boss telah menitahkan supaya apabila beliau pulang dari Australia, perlu menunjukkan website jabatan. Memandangkan si Zool dan pegawai tidak mempunyai masa mencukupi serta kurang kemahiran dari segi pembangunan laman web maka budak muda tersebut dipanggil. Mula-mula dijangkakan hanya 2 orang je yang datang tapi 4 orang yang tiba. Perbincangan diadakan bagi mendapatkan keperluan serta harga yang sesuai ditawarkan. Melalui perbincangan kemungkinan pembangunan portal tersebut akan dibangunkan menggunakan CMS Joomla. Okaylah tu, walaupun si Zool tidak ‘familiar’ dengan JOomla ni tapi banyak sumber boleh dicari dalam internet. Mungkin rekabentuk pertama yang dibuat oleh mereka akan diubahsuai setelah siap pembinaan.
Eh.. apa kena mengena tajuk diatas dengan cerita si Zool ni? Mungkin ada terdetik ayat ni. Sebenarnya, antara 4 orang budak muda tu, salah seorang adalah pengarah urusan bagi syarikat penyedia tersebut. Ini dapat dilihat dalam profail syarikat tersebut. Kalau diikutkan, umurnya baru 26 tahun dan berdasarkan profailnya beliau telah membuka syarikat tersebut seawal umur 20-an. Itu menimbulkan kekaguman terhadap si Zool dan pegawai. Apa taknya, dalam umur semuda itu telah banyak projek yang dilaksanakan. Bukan sekadar projek di Melaka, malahan melibatkan projek sehingga ke negeri Kedah. Memang terbaik betul.
Sememangnya beliau boleh dijadikan contoh kepada budak-budak belia diluar sana. Dalam umur semuda tu telah menunjukkan usaha untuk menjadi sebuah syarikat IT yang kukuh. Bukan sekadar pembangunan laman web sahaja, syarikat tersebut juga terlibat dalam pembekalan peralatan pejabat yang jarang diceburi oleh budak muda. Sebenarnya usaha membina syarikat IT dikalangan belia bukanlah baru. Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan perniagaan internet pasti mengenali budak muda bernama Adly Mukhtar dan Mohd Zhafran yang terkenal dengan sistem Mininiaga dan e-majalah tersohor , MajalahIM. Umur yang masih muda mungkin memberikan mereka lebih tenaga dan idea untuk menghasilkan produk IT yang lebih segar setanding produk luar negara.
Walaubagaimanapun, hasil kerja budak muda tersebut belum diketahui. Semoga janji-janji dapat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan. Diharapkan juga mereka dapat memberikan hasil yang terbaik sekaligus memberikan keyakinan kepada si Zool untuk memberikan ‘rekomen’ kepada rakan-rakan di jabatan dan juga pembaca di luar sana… Kalau bagus, insyaallah tanpa segan silu si Zool boleh menulis entri percuma di ligakampung.com.. Kira oklah tu kan. Promosi percuma.

Uploaded with ImageShack.us
Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan entri. Tapi cutekan budak ni pakai kot..
Okay cukuplah entri setakat ini. Rasanya ramai usahawan-usahawan muda IT diluar sana yang tidak diketahui oleh si Zool. Boleh je berkongsi sedikit sebanyak disini. Kalau ada peluang, boleh gak si Zool join venture sikit sebanyak.. He heheeh..
p/s :- Zool, bila ko nak start meniaga. Angan-angan yang masih sekadar khayalan sebelum tidur je… Cepat bertindak, kalau tak hajat nak pencen sebelum 50 mungkin tinggal kenangan je..
RSS Feed
Twitter



July 6th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


i wanna be young and rich too.. too bad im not =/
Reply
teringin juga nak buka company IT ni.
tp memikirkan masih byk lagi yg perlu saya belajar. =)
Reply
zool
Reply:
July 6th, 2010 at 09:27
bagus cita2 tu..
Reply
nak jadik usahawan berjaya jugak lah…
Reply
zool
Reply:
July 6th, 2010 at 09:26
lu kan dah jadi usahawan h/phone berjaya…
Reply
hey zool.dulu belajar ape kat U.
bukan ke bina website ?
buat anak muda diluar sana.ceburi
bidang atau perniagaan.dapat pencen
pada usia muda.bukan pencen umur 50-an.hehehe……
Reply
zool
Reply:
July 6th, 2010 at 22:40
zaman dulu website tak macam skg…
dulu kat U amik bahagian dip sains komputer lebih ke sistem..
tapi bila masuk keje skg memang dah tinggal jauh.. programming pun dah ke laut. apa taknya.. keje byk ngadap kerenah org awam je..
Reply
Salam pada semua,
Reply
Saya minat jugak dengan bisnes ni, kalau lah saya boleh buka satu cc tu.., kalau boleh maju boleh
Buka lagi di Sarawak sana, kebetulan adik saya yang seorang lagi tu sama minat jugak dengan
Abg dia ni haha! Tapi tu je lah, modal Dan tak tau sangat dengan situasi di kuala lumpur ni, saya Ada rasa lain lah sikit sebab almaklum saya ni dalam bidang computer ni tak pernah masuk kelas,
Ni pun main redah berani kan diri je, mana yang English yg pekat sangat tu fun! Malas lah nak tipu kan cakap je tak reti, tapi faham la jugak sikit-sikit English ni, saya memang minat english sebab dia bahasa maklumat kan, so dulu-dulu saya tidak berkesempatan nak belajar sekarang kena juga lah
Tahu sikit2 ke asal tahu kan.
Reply