Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Minggu ini sedikit sibuk dengan kerja-kerja di pejabat terutamanya tentang persiapan untuk persiapan bilik bagi pejabat Lembaga Perumahan Melaka di Urban Transformation Centre (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Pembinaan sebuah tempat yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Melalui pemusatan agensi kerajaan dan swasta ini akan memudahkan penduduk setempat untuk menjalankan transaksi tanpa perlu pergi ke tempat yang lain. Sebagai contoh, kalau nak bayar bil air dan bayar PTPTN, mereka boleh berada di UTC memandangkan terdapat agensi terbabit di sana.
Bagi mereka yang mungkin tertanya-tanya dimanakah kawasan UTC Melaka, ianya terletak di Wisma DMDI (dahulunya bangunan Wisma Persekutuan) yang berhampiran dengan kampus UTeM Bandar dan berhadapan dengan Stadium Kubu. Ianya terletak di tengah-tengah kawasan bandar Melaka dan mudah untuk akses ke sana,
Projek Kerajaan Persekutuan ini dimulakan di negeri Melaka ( ‘sesuai dengan cogankata Melaka’ Dimana segalanya bermula’). Projek ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 23 Jun 2012. Serentak dengan majlis perasmian itu akan diadakan pelbagai acara pada waktu itu.
Kemungkinan besar si Zool akan bertugas pada waktu tertentu di sana (tapi tak tau lagi bilanya.). Jadi kepada mereka yang berada di Melaka, jangan sia-siakan perkhidmatan ini, singgahlah ke UTC untuk membuat sebarang transaksi dari bayar bil hinggalah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jabatan..
Ni gambar UTC yang saja-saja si ZOol ambil..

Ini pula gambar kat tingkat 5. Esok-esok rasa tension boleh terjun sesaja..

Sekian..


mmg bgus semuanya dihimpunkan satu tempat..memudahkan urusan..
Reply
zool
Reply:
June 9th, 2012 at 23:41
betul tu.. memang untuk kegunaan rakyat ni
Reply
ni bangunan lama tu ker?
diorg dh upgrade semula bangunan tu yer.
bagus ler guna yg ada tak membazir bina semula.
Reply
zool
Reply:
June 9th, 2012 at 23:40
yup.. banggunan lama. dah renovate. memang cantik..
Reply
Wisma persekutuan, dulu-dulu masa tahun 90-an, nampak jer wisma persekutuan, teringat tempat nak buat pasport, imigresen.
Reply
zool
Reply:
June 10th, 2012 at 19:43
ye la.. sekarang dah berubah wajah tu..
Reply
[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Urban Transformation Centre di Melaka akan dirasmikan oleh PM | Blog Zool Liga… [...]
[...] Tengah. Selain itu terdapat juga kaunter-kaunter pembayaran tetap seperti di Melaka Sentral dan pejabat di UTC, Melaka untuk [...]