Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

UniKL juara Liga Premier TNBMHL 2020

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mempertahankan mahkota juara Liga Premier TNBMHL buat tahun kedua berturut-turut selepas mencatat kemenangan bergaya 9-1 ke atas Kedah Nurinsafi pada aksi di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi hari ini.

Gelaran juara sah menjadi milik UniKL walaupun saingan musim ini berbaki dua perlawanan lagi selepas pencabar terdekat di tangga kedua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tewas 0-1 kepada Terengganu Hockey Team (THT) di Kuala Terengganu.

Ia menyaksikan UniKL kini berjaya mengutip 36 mata maksimum selepas mencetak 12 kemenangan berturut-turut, lapan mata mengatasi TNB di tangga kedua yang sekadar mengutip 28 mata sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan tersebut sekali gus bergelar juara berganda musim ini selepas menjuarai Piala Sumbangsih bulan lalu.

“Misi kami tercapai dan saya harap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada dua perlawanan selepas ini.

“Kami sudah memenangi Piala Sumbangsih dan kali ini berjaya mempertahankan kejuaraan liga lebih awal daripada jangkaan kami.

“Saya juga berharap kami dapat menjuarai Piala TNB sekali lagi selepas melakukannya pada tahun 2018,” katanya.

Pakar flick, Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya merakam hatrik dalam perlawanan itu, ketiga-tiganya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-18, 39 dan 41.

Import Belanda, Roel Bovendeert berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-20 dan 29 selain masing-masing satu daripada Muhammad Marhan Jalil (m-4), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-12), Mohamad Ashran Hamsani (m-47) dan Muhamad Faid Farhadh Mohamad Shah (m-60).

Sementara gol saguhati Kedah Nurinsafi pula dijaringkan Ismail Abu pada minit ke-28.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung hari ini menyaksikan TNB Thunderbolts seri 2-2 dengan Maybank manakala Hockademy KL mengikat Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2-2.

Baki dua perlawanan UniKL selepas ini ialah Maybank pada Jumaat pada 14 Februari diikuti TNB dua hari kemudian.

Sumber :- Sinar Harian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)