UniKL catat sejarah juara Piala TNB 2018

Pasukan kelab hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai kejohanan hoki Piala TNB 2018.
Ia juga berjaya memecah dominasi pasukan KLHC dan THT yang sering mendominasi kejohanan sebelum ini.
Ia juga menjadi kemenangan pertama mereka menjulang piala tersebut setelah melakukan penampilan selama sembilan tahun.

Dalam perlawanan yang berlangsung pad Sabtu lalu, pasukan UniKL terikat 1-1 dengan KLHC selepas masa sebenar melalui jaringan Glen Stewart Turnet untuk UniKL dan Jang Jong Hyun untuk KLHC.
Perlawanan kemudian diheret ke penentuan penalti dan debaran itu akhirnya terlerai apabila Jeroen Hertzberger menewaskan Roslan Jamaluddin untuk mengesahkan kejuaraan sulung UniKL dalam saingan tempatan.

Kekalahan itu juga menyaksikan KLHC berputih mata untuk mendakap piala ketiga mereka musim ini selepas meraih Piala Sumbangsih dan Piala Tan Sri P. Alagendra.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.