LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Undian Piala Malaysia 2016

Undian bagi Kumpulan dalam Kejohanan Piala Malaysia 2016 telah pun selesai berlangsung sebentar tadi.
16 pasukan akan bertarung untuk menentukan pasukan yang akan layak menjulang piala teragung, Piala Malaysia 2016.

Kumpulan A menyaksikan pasukan T-Team, Kedah, Sarawak dan Johor DT II berada dalam kumpulan yang sama. Berdasarkan prestasi semasa, mungkin Kedah mempunyai kelebihan bersama pasukan T-Team namun cabaran pasukan Sarawak dan Johor DT II tidak boleh dipandang mudah.
Mungkin mereka boleh bangkit dan mengejutkan pasukan lawan.

Kumpulan B pula menyaksikan pasukan Selangor, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur. Nampak agak seimbang bagi kumpulan ini. Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur mungkin mempunyai kelebihan namun tidak diketahui jika pasukan Pahang boleh bangkit pada perlawanan Piala Malaysia ini nanti.

Kumpulan C pula menempatkan jaguh dari Selatan, Johor DT diundi dengan PDRM, Perak dan PKNS. Mungkin atas kertas JDT seperti mudah untuk layak manakala tempat kedua akan cuba diisi oleh 3 pasukan yang diundi dalam kumpulan ini.

Kumpulan D pula menyaksikan Felda , Terengganu, Melaka United dan N.Sembilan diundi dalam kumpulan sama. Felda seperti berpeluang cerah namun tidak semestinya tiga pasukan lagi tidak memberikan cabaran hebat.

Keputusan Undian Piala Malaysia 2016

Kumpulan A
– T-Team
– Kedah
– Sarawak
– Johor DT II

Kumpulan B
– Selangor
– Kelantan
– Pahang
– Kuala LUmpur

Kumpulan C
– Johor DT
– PDRM
– Perak
– PKNS

Kumpulan D
– Felda United
– Terengganu
– Melaka United
– Negeri Sembilan

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)