Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Undian bolasepak Piala FA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Premier 2013 akan berehat hampir sebulan kerana memberi laluan kepada kem kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015. Walaubagaimanapun terdapat perlawanan Piala FA 2013 yang akan diadakan bermula Jumaat ini.
Pasti ia akan menjadi piala rebutan kerana ia memberi peluang kepada pasukan bawahan untuk bersaing dengan pasukan handalan. Selain dari pasukan Liga Super dan Liga Premier, pasukan dari Liga FAM juga akan bertanding dalam kejohanan ini. Pasti ada kejutan yang akan berlaku dimana pasukan bawahan mampu menewaskan pasukan di liga yang lebih atas lagi.

Kita dapat lihat pada tahun lepas dimana pada perlawanan akhir, pasukan handalan Liga Super Kelantan bertarung dengan pasukan Liga Premier iaitu Sime Darby FC. Pada tahun ini pasukan manakah yang akan berjaya dalam kejohanan ini? Kita tunggu dan saksikanlah kejohanan Piala FA 2013 ini. Berikut merupakan undian kejohanan Piala FA 2013.

Jadual-Undian_Piala-FA2013
Dimanakah skuad pilihan anda?

Sekian.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Undian bolasepak Piala FA 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)