Umpama si Kura-kura

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama tidak bersajak.. Untuk entri kali ni baca sajak yang dicipta dalam keadaan tanpa sedar ni. :)

Diriku umpama si Kura-kura ,
Berjalan lambat menongkah hidup,
Bertindak tidak sepantas kuda,
Namun ku tahu jalanku masih terbuka,

Biar diriku dihina dan dicaci,
Oleh ketua yang tiada peri,
Ditikam tak disedari manusia sekerja,
Namun semuanya biasa,
Diriku masih bernyawa,
Tanganku mampu berfungsi,
Mindaku terus berfikir,
Jantungku terus dipam,
Aku kan terus menongkah arus,
Tanganku kan terus menaip papan kekunci,

Aku diumpama si kura-kura ,
Namun pijakku di bumi,
Tidak memijak orang,
Lambatku bukan bermakna ku tak bersedia,
Lembabku bukan tiada ilmu di dada,
Pasti tindakan ku ada sebabnya,

Selagi nyawa dikandung badan,
Perjalanan tetap diteruskan,

Ku tahu kenapa ku lambat,
Ku perlu membantu,
Mendengar keluh kesahnya,
Dalam meniti hari-hari terakhirnya,

Ku tak tahu bagaimana agaknya,
sekira ku tiada disisinya,
Mungkin mentalnya tak mampu menanggung segalanya,

TuhanKu berikan petunjuk kepada pen’zalim’,
Mereka yang tiada pedoman agama,
Aku percaya balasanNya akan tiba,

Aku diumpama kura-kura,
Tapi aku akan menjadi perwira,
Tak perlu memegang anugerah,
Cukup dengan pengiktirafan dariMu di kemudian hari,
AMIN.

p/s :- Sajak ini mungkin tunggang langgang sikit. Takde metafora, atau bahasa kiasan melampau.. Cukuplah sekadar luahan dari hati ini………

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1299
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Umpama si Kura-kura”

  1. rynehanekomaNo Gravatar says:

    Well..not bad..saya suka lak..dulu masa kat sekolah..org panggil saya ‘Kura-kura’ sbb seakan2 nama saya..lepas tu disingkatkan jadi ‘KurKur’..sampai skrg ex-schoolmate panggil saya ‘KurKur’ kalau sesekali kami jumpa..;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo nama pun ada iras kura2 ye..
    kalau boleh terima takpe kdg2 org tak leh terima

    Reply

  2. applebloggerNo Gravatar says:

    ehm..bagus gak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bolehla sikit2 cari makan..

    Reply

  3. rynehanekomaNo Gravatar says:

    erk..nama xde la rupa kura² sgt..haha..tp derang suka² ganti ‘z’ dgn ‘k’..’ura’ tu je derang amik…x kesah la..kwn²..

    Reply

  4. beliamudaNo Gravatar says:

    banyak jugak yang diluahkan tu.. tidak kisah jadi kura-kura, asalkan masih sampai ke garisan penamat…

    Reply

Leave a Reply