LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ultras boikot perlawanan sarkas : Pandangan Ligakampung.com

Bagi peminat sukan bolasepak negara mungkin telah mendengar isu ini. Bagi yang kurang mengikuti perkembangan bolasepak tempatan mungkin kurang mengetahui kaitan ‘sarkas’ dan ‘bolasepak’.
Untuk pengetahuan, perlawanan sarkas ini didefinisikan oleh penyokong bolasepak tempatan yang kurang bersetuju dengan perlawanan pertunjukan menentang pasukan-pasukan kelab bolasepak tersohor Eropah.
Ini kerana perlawanan ini lebih kepada pertunjukan dan tidak membawa makna pada ranking skuad Harimau Malaya.

Malaysia vs tottenham 27 mei 2015

Secara peribadi, saya setuju dengan tindakan penyokong ‘Ultras Malaya’ supaya memulaukan perlawanan pertunjukan ini. Tahun ini 2 pasukan iaitu Liverpool dan Tottenham Hotspurs dijangkakan akan berkunjung ke Malaysia untuk menentang skuad Harimau Malaya pada 24 Julai dan 27 Mei ini.
Ini kerana skuad negara sepatutnya lebih menumpukan perlawanan yang memberi makna pada ranking berbanding perlawanan dengan kelab-kelab tersohor ini. Sudah pasti perlawanan ini lebih kepada promosi dan pendapatan bagi kelab-kelab besar ini. Kebiasannya juga kelab-kelab ini hanya akan memberikan peluang kepada pemain pelapis untuk beraksi dan tidak mengambarkan kekuatan mereka.
Bukan tidak boleh, namun seeloknya lawan mereka adalah pasukan kelab tempatan dan bukan pasukan kebangsaan. Sebaiknya, pasukan Harimau Malaya mencari pasukan negara yang hampir sama rankingnya untuk mendapatkan mata dalam ranking FIFA.

Keutamaan sepatutnya untuk memastikan perjalanan Liga Malaysia dan kekuatan pasukan Harimau Malaya untuk beraksi dalam kejohanan penting seterusnya. Ranking tidak penting merupakan ungkapan yang sering dikeluarkan oleh FAM namun ianya perlu bagi menjaga kedudukan dan mendapat laluan yang lebih mudah dalam kelayakan pertandigan antarabangsa.

ultras-malaya

Ini kerana pasukan yang lebih rendah perlu bermain lebih banyak peringkat berbanding pasukan ranking tinggi. Sebab itulah, pasukan kebangsaan perlu mengadakan perlawanan-perlawanan rasmi FIFA berkelas ‘A’ seperti dalam kejohanan ataupun perlawanan persahabatan.

Selain itu, perlawanan pertunjukan ini juga sedikit sebanyak menganggu perjalanan Liga Malaysia yang rancak berlangsung. Terdapat perlawanan yang terpaksa ditunda untuk memberi peluang kepada perlawanan ini. Sudah pasti ianya merencatkan perjalanan liga kebanggaan peminat bolasepak tempatan.

Malaysia's head coach Dollah Bin Salleh shouts at his team during their Suzuki Cup Group B match against Thailand in Singapore
Pada pendapat saya, pasukan bimbingan Dollah Salleh boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang hampir ranking seperti Turkmenistan, Gambia mahupun Korea Utara. Elakkan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang jauh rankingnya ataupun pasukan pesaing di ASEAN. Mungkin agak janggal apabila menentang pasukan yang kebanyakan penyokong tidak mengetahui geografi negara tersebut namun ini langkah yang lebih bertepatan berbanding menentang pasukan yang biasa dilawan.

Kita lihat pasukan seperti Bhutan, Belize, Tukmenistan berada beberapa langkah di hadapan kita. Mungkin sekiranya dapat menewaskan pasukan tersebut melalui perlawanan persahabatan berkelas A mampu melonjakkan ranking. Walaupun tidak banyak peningkatan mungkin ia sebagai peningkat motivasi. Sekiranya mampu melangkah 2-3 ranking, pasti boleh mencuba lagi bertarung dengan pasukan yang lebih tinggi.
Sasar untuk menentang pasukan yang sama taraf sebelum melompat menentang pasukan handalan. Ini sepatutnya dilakukan selepas kita menjadi naib Juara Piala AFF 2014. Tiada perlawanan persahabatan berkelas ‘A’ kecuali menentang Oman yang jauh rankingnya. Ini menyebabkan kekalahan teruk sehingga 6-0 sekaligus memberikan tekanan kepada jurulatih dan juga pemain.
Bukan sahaja tekanan dirasai, ranking skuad Malaysia juga jatuh merudum.

Kesimpulannya, perlawanan pertunjukan sepatutnya dikaji semula kerana ianya tidak membawa keuntungan kepada skuad Harimau Malaya. Cuba lihat, berapa banyak pasukan handalan yang bermain di Malaysia dan berapa ramaikah pemain kita yang dapat mewakili pasukan tersebut? Jawapannya, semua sudah tahu. Keuntungan hanya pada pihak tertentu sahaja dan tidak sampai kepada pasukan bolasepak negara.
Apapun ianya sekadar pendapat sahaja, mungkin ianya sesuai dan sebaliknya.

Please follow and like us:
error0

10 thoughts on “Ultras boikot perlawanan sarkas : Pandangan Ligakampung.com

  1. Tuan, ini pandangan saya semata jek laa.. :

    1) Ini kerana skuad negara sepatutnya lebih menumpukan perlawanan yang memberi makna pada ranking berbanding perlawanan dengan kelab-kelab tersohor ini.

    Pertanyaan saya : Tuan ingin melihat perkembangan prestasi semasa atau mengejar kedudukan @ ranking semata2?

    2) itulah, pasukan kebangsaan perlu mengadakan perlawanan-perlawanan rasmi FIFA berkelas ‘A’ seperti dalam kejohanan ataupun perlawanan persahabatan.

    Pertanyaan saya : Result perlawanan berkelas A kita dah ada tahun nie – lawan OMAN. Tuan rasa kalo sentiasa kalah jek lawan berlawanan berkelas A moral player mcm mana? ranking usah cerita aa…sebab pastinya akan drop..

    1. @si bongkok,
      1) pada pandangan saya ranking dan prestasi semasa itu penting. adakah kita berpuas hati berada di belakang negara bhutan yg mempunyai penduduk kurang dari sejuta orang? jika kita tak pentingkan ranking tidak perlulah berbelanja besar untuk bolasepak jika sekadar kita mahu berada belakang pasukan ini..
      adakah penting skuad negara berlawan dengan pasukan kelab Eropah ? setakat ini banyak pasukan handalan yang kita tempoh dan ada keputusan yang hampir-hampir mengejutkan.. tapi dimanakah situasi kita.. macam saya beritau dlm artikel ini, ranking itu penting untuk kita bila menghadapi kelayakan seperti kelayakan Piala Dunia , Asia, etc… kita ada kelebihan dapat ‘bye’ tak perlu main pusingan kelayakan jika ranking lebih baik..

      1. @zool, 2) Ye.. perlawanan berkelas A menentang Oman dimana kita tumpas 0-6. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel, sebelum menentang pasukan Oman yang berada di ranking 97 pasukan Malaysia (164) perlu mencari pasukan yang setanding dahulu… Kalau kita masih hanya ingin bermain untuk perlawanan pertunjukan sahaja, mungkin tak kemana.

      2. @zool,

        Saya hormati pandangan tuan dalam hal ini… 🙂

        Untuk bercerita bab ranking setiap dari kita pasti ada pandangan peribadi tersendiri kan…

        Cuma bila bab dapat adakan perlawanan dgn pasukan handalan spt yang akan dtg ini tuan anggap ianya satu game sarkas…itu ker yang tuan fikirkan sbnarnya… 🙂

        Walaupon game itu tidak berikan sebarang MATA untuk RANKING..tetapi adakah itu game sarkas menentang LIVERPOOL @ SPURS tuan…

        p/s: Jika komentar ini tidak digemari tuan bleh del sahaja tuan.

        1. sebenarnya bukan saya yang namakan game itu sebagai sarkas..
          tapi Ultras Malaya yang mana adalah penyokong tegar… saya bukan ultras malaya tapi menyokong pendapat mereka..

          tak mengapa, saya menerima pendapat selagi mana bukan dalam bentuk provokasi..

  2. Saya bukan menyokong sepenuhnya game lawan pasukan berstatus kelab ini. Cuma bila ianya dapat diadakan di padang kita nie dapatlaa juga lihat secara lebih dekat yg selama ini dari TV jek kita tonton.

    Cuma utk tujuan perlawanan dengan pasukan berstatus KELAB ini, at least perkara yang boleh dilihat adalah HARGA TIKET dapat diberikan pada harga mampu milik bukan hanya nak cekik darah mcm yg ada tue… 🙂

    Dapat lakukan KLINIK BOLASEPAK antara player kelab dengan pemain remaja kita pob boleh dibuat sebelum perlawanan tersebut.. 🙂

    1. @si bongkok, takpe pendapat berbeza.. cuma rasanya tak relevan lagi..
      dah banyak pasukan kelab beraksi di malaysia tapi takde kerjasama yang betul2 berjaya..

Leave a Reply to si bongkok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)