Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Keputusan terakhir pertandingan Raja Lawak 4 telahpun berakhir dan keputusan telah pun diketahui. Juara ‘asal dari Kampung’ Kecik bertuah berjaya membawa kemenangan ke Sabah dan mungkin mampu mengubah hidup keluarga di kampung.
Terlalu ramai blogger yang melakukan ulasan mengenai pertandingan Raja Lawak dan saya dapati kebanyakan memberikan pandangan negatif samada dari segi peserta dan juri. Sebagai salah seorang peminat Raja Lawak dari musim kedua (musim pertama tak follow) hingga keempat , Si ZOol akan memberikan ulasan berdasarkan pendapat peribadi. Mungkin ulasan ni agak lambat sikit sebab di rumah tiada ASTRO lagi. Ini pun dapat layan melalui blog VideoHeheh.
Ramai yang mengatakan Raja Lawak 4 tidak menarik tetapi si Zool berpandangan sebaliknya. Mungkin dalam musim keempat ini tiada peserta yang terlalu ke depan seperti Nabil (musim kedua) manakala kumpulan Sepah (musim ketiga) tetapi variasi lawak oleh peserta Raja Lawak terutama yang berada di top 4 adalah berbeza. Selain dari perbezaan gaya, kemampuan peserta boleh dikatakan seimbang. Tidak nampak terlalu ketara berbanding 2 musim sebelumnya. Ini yang dikatakan persaingan yang sihat. Siapa yang memberikan persembahan konsisten yang layak menang dan itulah yang berlaku. Okay, untuk permulaan saya akan memberikan sedikit ulasan mengenai 3 peserta akhir iaitu :-
Ulasan Peserta Akhir Raja Lawak 4
1. Kecik. Juara ‘asal dari kampung’ yang mempunyai ‘chemistry’ antara Achoe dan Wan.. Lawak stail Malaysia yang tipikal namun menghiburkan di mana masing-masing saling bertukar sebagai ‘feeder’ dan ‘killer’.. Tak de yang cuba untuk menonjolkan diri. Tahap persembahan mereka konsisten cuma tak terlalu mantop..
Dalam persembahan akhir, ada kurang sikit berbanding sebelumnya. Persembahan pertama seperti kekurangan idea sehinggakan juri pun tak mampu nak cari punchlinenya. Cuma mungkin gerak badan yang sedikit menggelikan hati..
Persembahan kedua dalam acara komedi muzikal sedikit menarik dengan ‘costume’ pahlawan cuma selalu berlaku kesilapan watak. Asyik silap sebut nama pasangan je. Namun muka selamba, mudah meng’cover’ kesilapan tersebut.Dari segi nyanyian lagu dangdut memang sesuai dengan jiwa mereka. Apa pun saya berpuas hati dengan kemenangan mereka. Tahniah..
Dari segi masa depan, secara amnya mereka boleh membuat persembahan duo kerana sekarang ni sukar untuk mencari pelawak berpasangan. Kumpulan Champ dari Raja Lawak 2 yang berpotensi pun telah berpecah. Mungkin kumpulan Kecik mampu mengisi kekosongan tersebut.
2. Idlan. Peserta dari Kedah yang terkenal dengan watak Abang Kassim dan taglinenya ‘pon pon’. Secara keseluruhannya persembahan beliau agak menurun berbanding di awal siri. Mungkin kelemahan dari segi idea kerana diperhatikan lawak beliau agak perlahan yang mengakibatkan penonton bosan..
Persembahan pertama selaku Abang Kassim yang disumpah jadi burung hantu amatlah membosankan. Malahan beliau sendiri tak mampu mencanai idea menjadikan ianya kelakar.
Persembahan kedua dalam muzikal komedi yang dibawakan oleh Idlan adalah yang terbaek malam tu. Walaupun ‘isi’ lagu tersebut tak ke mana sangat tapi gaya tubuh dan lagu yang dibawa memang sesuai. Sapa tau lagu ‘shibidi bidi ‘ ( betulkan kalau silap) sebelum ni?? Tapi ia menjadi popular seketika (si Zool pun dah buat ringtone lagu ni… Ha hahah). Rasanya akan ada siri Abang Kasim dengan tema lagu ‘SHibidi bidi’ ni.
Selain tu ada gak kontroversi sikit. Ramai yang kata Idlan nampak tak puas hati sebab tak jadi juara tapi pada saya, biasalahkan.. Kadang-kadang ada peserta yang memang berharap untuk jadi juara. Bila tak dapat mesti ada perasaan kecewa.. Jadi kenapa plak ada antara kita yang nak memperbesarkan cerita ni ek?? Tak paham lah manusia ni..
Rasanya beliau mungkin sesuai membawa watak ala-ala slapstik cam Saiful Apek di masa hadapan.
3. Alex yang mempunyai tagline yang dipopularkan oleh Afdlin Shauki ‘Megi Saya sudah kembang ‘ merupakan peserta yang berpotensi dalam ‘stand up comedian’ seperti Harith Iskandar. Lawak-lawaknya berisi dan bakat beliau berpotensi untuk dikembangkan. Secara keseluruhannya meningkat dari satu siri ke siri. Malahan boleh dikatakan persembahan beliau yang terbaik di malam akhir pertandingan. Cuma nasib tak menyebelahi.
Persembahan pertama mengenai pemandu teksi memang kelakar. Beliau menggunakan subjek yang terdapat dalam kehidupan seharian dan menjadikan ianya kelakar. Memang best.
Persembahan kedua dalam muzikal komedi juga menarik. Beliau menggubah lirik dari lagu-lagu popular dengan baik.. Memang best..
Seperti yang dikatakan sebelum ini, beliau mungkin boleh menjadi seperti Harith Iskandar sekiranya dibimbing dengan betul. Jarang sekali ‘stand up comedian’ dalam Bahasa Melayu.
Okay cerita ringkas plak mengenai juri…
1. Bob Lokman secara amnya bagus. Memberi motivasi kepada peserta-peserta dalam kritikan. Kadangkala pedas tapi menarik..
2. Din Beramboi pada awalnya bagus tapi setelah siri demi siri beliau sendiri hilang arah. Dan yang ketara bila dia mula tidak menyukai Idlan sehingga tak memberi sebarang komen.. Aiyo.. Pak Din ada gaduh ngan Idlan ke?
3. Afdlin Shauki memang mantop..
Walaupun ramai yang mengutuk juri tapi saya lebih suka juri ini kerana mereka lebih berani dan kelakar. Bukan nak kata juri dulu tak bagus tapi yang dulu agak tipikal dan kadangkala membosankan. Kalau juri sediada ni kadangkala boleh menghiburkan dengan keletah memasing…
Hos dah tentulah terbaik. Gandingan Johan dan Zizan memang kena je..
Okay cukuplah setakat tu.. Ni pun dah amat panjang ulasan yang diberi.. Seperti dimaklumkan sebelum ini, ulasan ini sekadar pendapat seorang peminat dan bukan pakar. Jadi tak perlu ambil pusing kalau tak bersetuju ye…
RSS Feed
Twitter



March 9th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


gua kecewa mamu tak masuk final beb.. MESTI MARI….
Reply
eh lu ada ringtone shibidi bidi?? Mana dapat?? Mau jugak nie..
Reply
zool
Reply:
March 10th, 2010 at 12:29
ada.. gua convert dari youtube ke mp3….
dah emel kat lu… shibidi idlan tau bukan shibidi penyanyi asal plak…
Reply
firus
Reply:
March 10th, 2010 at 14:34
lu email kosong jek wat pe.. Takde attachment pon..
Reply
hm…..sy setuju dengan sumer ulasan awak…
tapi kan yang sal din beramboi tu…
bukan ke dia sk persembahan idlan…
ko tengok balek klip2 raja lawak…
kan dia ada ckap apa2 pun yang idlan wat,sumer tggungjp die..
bab idlan wat yg best…
tapikan,saya xstuju kecik menang…
lawak diorang xla best sgt…
mgkin kalu alex,saya setuju w/pun saya peminat idlan ponpon…
Reply
zool
Reply:
March 11th, 2010 at 10:03
bukan.. cuba tgk siri sebelumnya… 2-3 siri…
yg last pun blh cuba bandingkan dgn yang lain2..
yg lain komen bernas… tapi idlan tu je komen…
bukan sebab best, sbb dia tak nak komen…
Reply
eh…zool…
saya nak gak ringtone shibidi 2….
tapi nak yang idlan nyanyi 2…
antar kat emel ley?
tq…hehehe
Reply
zool
Reply:
March 11th, 2010 at 10:07
http://ligakampung.com/blog/hubungi-zool/
antokan emel sebenar.. kalau blh emel gmail.com
Reply
salam.. mr zool ada ringtone ke? nak jugak.. hehehe
hmm..komen yg menarik.. amat bersetuju,dan harap2 raja lawak lepas ni akan terus melahirkan artis komedi/pelawak yg versatile.. utk mr zool, tq kerana sharing.. good job
Reply
x layan laa bro. aku x pasang astro coz xde masa nk tgk. tunggu laa anak besar nanti baru la menyempat nk tgk
Reply
emel guwe…
16DPr08F1100@gmail.com
hantar tau zool ringtone tu…
Reply
eh2…16DPR08F1100@gmail.com…
huruf besar sumer…
Reply
bro sent ringtone abg kasim tu..nak jugak la.. omar.gen2@gmail.com
Reply