LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ulasan Perlawanan Kelayakan Malaysia vs Palestin

Hari ini berlangsungnya aksi keenam peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan.
Peluang untuk pasukan bolasepak negara layak ke Piala Dunia 2018 telahpun tertutup namun pasukan Harimau Malaya masih berpeluang untuk ke Piala Asia 2019.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Palestin

MAS-vs-PAL

Ulasan Separuh Masa Pertama
Pada awalnya, pasukan Malaysia bermain agak baik namun sering kehilangan bola terutama di kawasan tengah. Bahagian tengah nampaknya tidak dapat mengawal perlawanan sehingga menyebabkan serangan bertali arus dilakukan oleh Palestin.
Pasukan Palestin mendapat banyak peluang terutama melalui sepakan penjuru dimana organisasi pasukan tidak menjadi. Walaupun ramai berada dalam kotak penalti namun marking longgar menyebabkan Khairul Fahmi terpaksa menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.
Pemain barisan serangan Malaysia pula terlalu lambat menghantar ketika melakukan ‘counter attack’ sekaligus menyukarkan untuk pasukan negara mendapatkan gol.
Pasukan Palestin akhirnya berjaya mendapatkan gol menerusi rembatan Jonathan Zorrila pada minit ke 36. Ketika barisan pemain negara belum bersedia, pemain Palestin memanfaatkan kesilapan hantaran Mathew Davis kepada Razman Roslan dimana Ahmed Abunahia menjaringkan gol pada minit ke 37.
Sebelum akhir separuh masa pertama, Palestin berjaya mendapatkan gol ke 3 melalui Ahmed Abunahia selepas berlaku kucar kacir di barisan pertahanan Malaysia.

** Secara peribadi, kami merasakan Razman Roslan tidak bermain baik. Barisan sayap iaitu Wan Zack Haikal dan Christie Jayaseelan tidak bermain baik. Pemain seperti Nazirul Naim dan Hazwan Bakri mempunyai kemahuan dalam perlawanan ini namun bantuan yang diberikan tidak mencukupi.
Penyerang negara juga tidak mempunyai skill dribble yang baik untuk menumpaskan barisan pemain pertahanan lawan ketika serangan balas. Malahan pemain-pemain juga tidak bijak berada di posisi baik ketika bola tiada di kaki.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Nampaknya keputusan sama seperti perlawanan pertama tempohari. Pada separuh masa kedua sekali lagi pasukan negara dibolosi dengan 3 gol.Ahmed Abunahia berjaya meledak hatrik pada minit ke 59. Ketika pasukan negara cuba mengawal perlawanan dan Palestin memperlahankan rentak, sekali lagi gol Palestin tiba pada minit ke 88 oleh Tamer Seyam.
Gol keenam pasukan Palestin berjaya dijaringkan oleh Jaka Hbaisha pada minit ke 92.

** Agak menyedihkan perlawanan pada hari ini dimana level pemain Malaysia masih terlalu jauh berbanding pasukan Palestin yang berada dalam kekurangan fasiliti berbanding pemain Harimau Malaya. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan dalam pasukan ini. Sudah pasti karier Datuk Ong Kim Swee untuk menjadi jurulatih tetap ranap berdasarkan keputusan ini. Para pemain yang sudah di penghujung karier bolehlah mengucapkan selamat tinggal. Pemain yang beraksi di bawah tahap seperti Matthew Davies perlu direhatkan sementara. Mungkin perlu dicari pemain yang lebih baik pada posisi tersebut. 

Tugas lebih berat menanti pasukan skuad bolasepak senior Malaysia apabila bakal bertemu UAE dan Arab Saudi selepas ini.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Ulasan Perlawanan Kelayakan Malaysia vs Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)