BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » bolasepak » Ulasan mengenai kegagalan pasukan bolasepak bawah 22 untuk ke Piala Asia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Umum sudah mengetahui bahawa pasukan bawah 22 tahun Malaysia gagal untuk melangkah ke peringkat akhir Piala Asia 2013. Ini selepas kekalahan kepada pasukan tuan rumah Myanmar bagi merebut tempat kedua untuk layak secara automatik.
3x2 afcu22ac gfx
upload pictures

Walaupun ada isu tentang bantahan yang dikemukakan kerana pasukan Myanmar menggunakan pemain lebih umur namun kekalahan sudah berlaku. Dan mengikut sumber-sumber, keputusan tersebut masih kekal dimana pasukan Myanmar akan mengiringi pasukan Korea Selatan ke kejohanan bawah 22 tu. Setelah lama bersatu dalam satu pasukan berkemungkinan besar ramai pemain akan berpecah selepas ini.
Saya bukanlah pakar dalam bidang bolasepak ini tapi sebagai seorang peminat sukan bolasepak terutamanya bagi pasukan kebangsaan mungkin terdapat beberapa perkara yang mungkin boleh dikongsikan. Antaranya :-

1. Kegagalan pengurusan dalam mengendalikan pasukan. Saya terbaca satu berita dimana sebelum perlawanan menentang Myanmar, pemain diraikan dengan makanan yang sedap oleh seorang VIP di sana. Mungkin saya kolot tapi ia sepatut tidak berlaku. Dalam tempoh perlawanan, pemakanan mereka sepatutnya dijaga oleh pihak pengurusan. Tak perlulah mereka nak makan seperti di kampung yang mungkin tidak sesuai untuk kejohanan. Rasanya perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengurusan pasukan. Sepatutnya mereka dikuarantin dalam tempoh tersebut.
Minta maaf kalau ada yang tak setuju tapi itu yang dilakukan oleh kebanyakan pasukan bertaraf antarabangsa. Ada yang mengongkong pemain supaya tidak terganggu konsenstrasi mereka.
2. Kelemahan fizikal merupakan perkara yang masih tidak dapat diperbaiki. Negara mempunyai banyak pakar sains sukan namun kenapa pemain bolasepak Malaysia masih mempunyai fizikal yang kecil. Cuba bandingkan pemain kita dengan pasukan Korea Selatan. Memang banyak bezanya. Dan yang lebih mengejutkan, kebanyakan pemain Korea Selatan bukanlah pemain professional. Ramai yang pemain peringkat Universiti. Walaupun jaringan gol ketika kalah menentang pasukan Korea Selatan agak tipis tapi ia masih memalukan kerana kebanyakan pemain kita bertaraf professional.
Malahan ketika menentang Myanmar, walaupun fizikal pemain Myanmar tidak banyak berbeza dari saiz namun tenaga dan stamina mereka memang lebih baik. Ini kita dapat lihat melalui larian dan terjahan mereka yang cukup keras sehingga melambatkan pergerakan pemain kita.
3. Taktikal jurulatih kurang berkesan. Secara peribadi saya berpendapat kelemahan ketara ketika perlawanan menentang Korea Selatan dan Myanmar adalah dari barisan tengah. Walaupun mempunyai Nazmi namun beliau juga tidak banyak memberikan hantaran yang mampu disempurnakan oleh penyerang terutama Rozaimi. Banyak hantaran tidak sampai atau tersekat pada lawan. Selain itu tiada perubahan drastik dilakukan pada separuh masa kedua yang mampu memberikan peluang untuk menjaringkan gol. Kemasukan Hazwan pada penghujung saingan agak kurang memberi impak. Selain itu, saya berpendapat pemain seperti Fandi Othman, Ashri Chuchu tidak berkesan di posisi yang diberikan. Ini kerana posisi asal mereka adalah lebih kepada menyerang.
4. Tiada backup yang setaraf. Ini kita dapat perhatikan di bahagian pertahanan. Ketiadaan pasangan serasi dengan Mohd Fadhli Sas selepas Muslim Ahmad tidak layak (kerana umur) menyebabkan sukar untuk melakukan perangkap ‘offsaid’. Banyak juga Myanmar mendapat peluang akibat tiada strategi offsaid di situ.

Okay, cukuplah sedikit ulasan dari seorang yang kaki bangku namun ingin menyaksikan pasukan negara terus maju. Mungkin entri ini tidak akan dibaca oleh pihak-pihak berkaitan.

Sekian,

p/s :- Perkembangan terbaru tentang isu pemain Myanmar menggunakan pemain umur melebihi 22 tahun. Menurut sumber, FAM tidak meneruskan protes. Jurulatih kecewa dengan keputusan ini dan ada ura-ura antara mereka ada yang nak letak jawatan akibat kes ini. Betul ke tidak sama-sama kita tunggu.. Pembetulan, dalam berita menyatakan FAM telah meneruskan protes.. Tunggu.. Er, ada yang baru.. FAM tak hantar protes sebab katanya takde bukti..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :575

8 thoughts on “Ulasan mengenai kegagalan pasukan bolasepak bawah 22 untuk ke Piala Asia

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    Ada kontroversi rupanya perlawanan dengan Myanmar tempoh hari.

    Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, saya turut mengharapkan prestasi cemerlang daripada pasukan bola sepak kita.

    Reply

  2. mak lagendaNo Gravatar says:

    Owh..itu kisah sebalik perlawanan dan kekalahan team kita yea. Maaf lah..mak kureng minat bola2 nih :)

    Reply

  3. tehrNo Gravatar says:

    kita tunggu je apa kesudahannya nanti
    pada pendapat aku, apa perlunya protes?
    batalkan saja kemenangan myanmar kerana semua [termasuk mereka] sudah tahu ada peraturan yang tidak dipatuhi

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    berita baru.. FAM tak protes kerana tak cukup bukti katanya.. pasti mengundang kemarahan beberapa pencari maklumat..

    Reply

  4. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    x payah la protes..kita kene post mortem team kita sendiri..kalo kat kilang ni dah kene 8x why dah..huhu

    Reply

  5. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    x payah la protes..kita kene post mortem team kita sendiri..kalo kat kilang ni dah kene 8x why dah..huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    protes untuk tuntut hak..
    kilang kalau curi teknologi org pun mesti kena protes juga kan??

    Reply

    Jebeng Otai™No Gravatar Reply:

    teknologi ade hakcipta..kalo kene curi leh fight kat mahkamah..anggap ni pengajaran..mmg kene menang setiap game..huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge