BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Ulasan Maharaja Lawak Mega Minggu ke 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pertandingan Maharaja Lawak Mega semakin sengit dan hanya tinggal 7 peserta yang bertanding. Pastinya ia lebih hangat dan sengit. Minggu ini peserta dikehendaki membuat 2 persembahan iaitu ‘meniru watak’ dan ‘komedi senyap’. Ada peserta yang mampu menjalankan tugas dengan baik dan ada juga yang tidak berjaya. Berikut merupakan ulasan peribadi si Zool berdasarkan persembahan ketujuh-tujuh peserta :-

1. Adlin Aman Ramli
Tiru Gaya Adlin

Untuk persembahan tiru gaya artis, Adlin Aman Ramli membawakan watak Datuk M Daud Kilau. Persembahan beliau memang menarik dari segi lakonan, pakaian dan bahasa badan. Tapi secara jujurnya saya kurang meminati kerana kurang ‘punchline’. Lebih banyak pada aksi nyanyian dan persembahan. Mungkin persembahan beliau menarik tapi lawaknya tidak.
Lawak Senyap Adlin

Untuk watak komedi senyap (silent comedy) beliau membawakan watak seekor gorilla yang berada dalam kurungan dan cuba keluar. Selepas keluar ia mengacau penonton di luar. Secara peribadi, saya tak nampak kelucuannya. Cuma mungkin ianya mampu menghiburkan penonton di dalam pentas. Ada juga aksi di mana Adlin hampir memanjat penonton yang mengejutkan saya.. Walaupun berlawak beliau patutlah menghormati penonton. Malahan lawak senyap beliau ni rasanya takde jalan cerita. Suka saya katakan, lawak senyap ‘ Amir Raja Lawak’ ketika Maharaja Lawak lalu pun masih ada ceritanya.. (Minta maaf kepada peminat Adlin..)
2. Saehu
Tiru Gaya Saehu

Meniru watak artis Indonesia, Anang, Krisdayanti dan Shahrini. Ada sedikit lawak disitu tapi dari segi meniru mungkin agak sukar untuk difahami. Mungkin hanya cerita tentang artis tersebut yang dijadikan cerita dan bukan peniruan watak tersebut. Ada dialog dialek Kelantan yang cuba digunakan oleh peserta ini yang mencuit hati..
Lawak Senyap Saehu

Lawak senyap menceritakan kisah doktor yang dalam proses untuk wanita bersalin. Cerita agak menarik cuma agak kurang menjadi. Rasanya lawak meniru watak-watak sebiji-biji dengan watak lama tak berapa menarik perhatian.

3. Pimai
Tiru Gaya Pimai
Meniru gaya watak Labulabi dan Bob Marley. Ini adalah peserta kegemaran si Zool tetapi nampaknya persembahan mereka semakin hari semakin menurun termasuklah sketsa ni.. Terlalu banyak merapu yang tidak banyak lawaknya. Malahan Sathiya yang sering membantu pun tidak mampu memberikan impak yang besar. Rasanya kalau sketsa sebelum ini dimana Mat Over tiru watak Jins Shamsudin lebih menarik dari ni.. Mungkin PiMai perlu minta bantuan Sabri Yunos memandangkan persembahan mereka semakin menurun..
Lawak Senyap Pimai

Lawak menjadi ahli sarkas. Walaupun idea tu ada tapi nampak kekurangannya.. Mungkin lagu dan latarbelakang bunyi tak berapa mengena dengan persembahan mereka. Ditambah dengan usia mereka menjadikan mereka cepat penat dalam persembahan ini.
4. BP
Tiru Gaya BP

Meniru gaya watak hos rancangan dan mantan Menteri Kerja Raya. Yang Sobri buat tu tak tau siapa tapi yang ditiru oleh Bob tu rasanya ramai yang tau. Memang menarik dengan gaya yang ditiru dan idea yang disampaikan. Tapi si Sobri tu cam ntahapahapantah.. Seeloknya dia tiru yang boleh cakap bahasa Melayu. Senang nak faham..

Lawak Senyap BP
Lawak senyap ni kurang digemari kerana mungkin agak kotor. Memaparkan watak orang yang cedera parah minta tolong orang buta untuk buang air di satu tempat… Terlalu perlahan dan sukar nak difahami lawaknya.

5. Osbon
Tiru Gaya Osbon

Osbon meniru watak Bandi Amuk dan Mak Mah. Memang agak kelakar dengan penampilan rock Os. Watak Mak Mah kurang menjadi tapi lawaknya masih menarik tu..

Lawak Senyap Osbon

Persembahan paling menarik. Bawa watak seorang Jepun dan Amerika. Yang menarik sekali ialah bunyian latarbelakang dan ‘timing’ lakonan senyap mereka. Memang menjadi, malahan penggunaan watak-watak superhero Jepun dan Amerika membuatkan ia menjadi menarik. Memang terbaek..

6. Boboi
Tiru Watak Boboi

Dalam sketsa ni Harun tetap membawa watak budak yang tiba-tiba berjumpa dengan Batman. Menariknya Batman ni boleh meniru suara orang lain. Sketsa yang menarik tapi agak lambat untuk adegan peniruan watak tu. Kalau dari awal dibuat mungkin banyak yang lebih lawak dapat dipersembahkan.
Lawak Senyap Boboi
Bawa watak Angry Bird yang marah bila telurnya diambil. Mungkin susah sikit nak faham. Tapi bolehlah..

7. Syok
Tiru Watak Syok
Bawa watak Terminator, Anita Sarawak dan salah seorang ahli Bawel. Boleh tahan peniruan watak tu. Tapi yang mencuit hati bila Ariff bawa watak ahli Bawel tu.. Sebiji benar. Hehehe..

Lawak Senyap Syok

Bawa watak pengadil wanita dan ahli tomoi. Ada sedikit lawak tapi tak cukup..

Untuk minggu ini 3 peserta dipanggil ke atas iaitu Syok, PiMai dan BP. Sememangnya telah menyangka PiMai dan BP, tapi tak jangka Syok sebab ada peningkatan. Ingatkan Adlin yang akan ke pentas. Namun keputusan dah ditentukan.. Tengoklah

Hehhehe.. Tiada penyingkiran pada minggu ini. Tapi minggu hadapan 2 penyingkiran sekaligus akan diadakan. Harap-harap yang berada di pentas akan bertungkus lumus memberi persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan..

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :923

4 thoughts on “Ulasan Maharaja Lawak Mega Minggu ke 7

  1. tehrNo Gravatar says:

    aku ni memang boleh baca je
    astro tak ada, bband pulak slow
    huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kesian.. pergi la kat cybercafe mana2..

    Reply

  2. ohcikguNo Gravatar says:

    boboi dan osbon ajelah yang masih maintain best dilihat. BP awal-awal best. masuk silent comedy..habis hancur.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. Boboi ngan Osbon je yang masih handal..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge