Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan…
Mungkin terdapat dari anda yang akan menghadapi ujian memasuki perkhidmatan awam pada esok (23.08.2008).. Saya pun akan bersedia dengan pensel, pemadam dan pen untuk ujian tersebut..
Sebenarnya agak lama tidak menghadiri ujian tersebut.. Setelah ‘frust’ dengan kegagalan sebelum ini saya tidak lagi memohon di spa.gov.my . Namun setelah berfikir cuba-cubalah juga.. Mana tau, untung sabut timbul untung batu tenggelam kan.. (Eh tenggelam untung ker??? Betul ke pepatah ni??)..
Bercerita tentang ujian yang bermula dari pukul 9.00 – 4.30 petang ni ianya akan menggunakan segala pengetahuan dan ilmu-ilmu.. Soalan tak semesti berkisar tentang perkhidmatan awam sahaja sebaliknya pengetahuan am pun perlu diketahui.. Jadi kepada sesiapa yang akan menghadapi ujian ni.. Jomlah sama-sama kita baca buku ‘Malaysiakini’ ‘Malaysia Kita’ yang mempunyai banyak perkara mengenai pentadbiran perkhidmatan awam…
Tak silap saya ada beberapa bahagian iaitu objektif dan esei.. Dahlah tak tau nak tulis apa-apa lagi.. Semoga berjaya hendaknya…

















Zool, selamat berjaya dalam ujian PTD.
Sedikit tips dari saya, jika tak lulus tahun ni, cuba lagi tahun depan. Jika tak lulus tahun depan, cuba lagi tahun seterusnya.
Rakan abang saya pernah buat cara ini dan akhirnya berjaya setelah beberapa kali percubaan (beberapa tahun).
Reasonnya, nak amik ujian free, kalau nak amik ujian, hanya perlu cuti setahun sekali saja.
Proses pendaftaran nak amik ujian ni tak susah, online saja. Yang susah tu ujiannya.
Tapi, kalau dah rezeki jadi PTD tak kemana. Iya tak?
Jadi, cuba lagi tahun depan jika belum berjaya jadi PTD tahun ni.
p.s: Maklumkan la pada saya jika anda berjaya jadi PTD di kelak.
Reply
Slm bro,
Good luck esok bro ye..:) aku ingat lagi dulu amik exam PTD..aku lulus dan dipanggil masuk camp 2-3 hari,ehhee..pastu dah puas ati baru dipanggil utk interview(ramai gak yg pi camp tak dipanggil interview tu)..tapi hari interview tu gak aku kena report kat tpt kerja aku sekarang untuk jawatan aku sekarang..
fikir2 balik, nak kerja jadi administrator atau PTD ke atau nak kerja kat bidang yg aku blaja dan sukai..last2 aku tak datang interview tu,hehe..
Alhamdulillah, aku suka kerja aku sekarang..member yg kena panggil ngan aku dulu skrang kat vietnam kerja kat kedutaan,hihi..nasib baik,haha..apapun essei BI ngan BM tu mmg diberi keutamaan tengok cara kita berfikir..:)
Reply
Mohd Ashraf–> sebenar bukan setakat PTD je.. ada sekali lagi jawatan lain .. Pegawai Tadbir, Peg Belia dan Sukan n Pegawai Arkib sekali…
PTD tak minat.. Kalau pegawai arkib tu oklah..
acai –> PTD tu aku kureng sikit.. tapi sebab ada jawatan lain2 tu yang aku nak pegi tu.. Mana tau aku jadi Peg Belia dan Sukan…
Reply
se,oga ko berjaya jd pegawai kerajaan. pastu hrp jgn dipengaruhi mentaliti kuno pegawai kerajaan lak ye bro…
Reply
erk..x tau lak ada ujian
Reply
selamat menjawan soalan ujian tersebut!
teruskan mencuba mana tau rezeki anda pada tahun ini. klu dah ramai yang mendokan disini, insyaallah dimakbulkan cepat.
aku dah cuba beberapa kali, insyaallah lenkali rezeki aku kot. itupun klu aku tak menjadi usahawan internet dulu. he3.
Reply
pehhh. gud luck to ko satu, gud luck utk akoo satu. tengs sbb taknak ptd. sbb akoo nk ptd. jelez ar ngan sis akoo. huuuu!
Reply
salam…sory kalo saye mengganggu….
sye just terbace awk punyer artikel n just nk kasik pndpt ckit based on saye punyer pengalaman…
sbnarnye sye dulu2 pun pernah frust coz amik exam gred 41 n ptd asyik fail jerk…. sampai saye pun dah malas nak apply…
tp tuhan tue maha kaya…lps sye dh byk kali exam n tempuh mcm2 halangan, baru la syer dapat jwtn nie…
overall, sye harap jgn putus asa coz kalo ade rezki takkan kemana2, cumer kiter yg perlu rajin berusaha n serahkan pd yg Esa…
n lastly salam perkenalan
Reply