Ubi Rebus di waktu hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memang sekarang ni boleh dikatakan musim hujan.. Sejuk dibuatnya lebih-lebih lagi di rumah.. Selain dari aktiviti tidur , makan adalah perkara yang seronok di lakukan di waktu kesejukan..

Mungkin anda yang pernah mengalami suasana hidup di kampung pernah kenal dengan ubi rebus ni..Memang seronok sekali makan ubi rebus terutamanya di waktu hujan-hujan ni .. Memang banyak stail makan ubi rebus ni.. Ada yang cecah dengan sambal tumis dan sebagainya…

No title
Bagi saya, ubi rebus ini dicicah dengan kelapa.. Gaulan antara isi kelapa yang diparut dan gula merah sudah cukup membuka selera.. Makan ubi rebus dan air kopi sambil menonton ulangan Raja Lawak dapat menghilangkan ketensionan kerja.. He he he..
Bagaimana pula dengan anda?? Mungkin mempunyai gaya pemakanan yang berbeza mengikut citarasa dan budaya masingkan..

Tanaman ubi kayu adalah merupakan tanaman jangka pendek.. Cara penanamnya pun tidak susah.. Kita cuma perlukan batang kayunya dan tanamkan ia.. ..

Ini contoh tanaman Ubi yang telah layak untuk digunakan dalam makanan.
Sebenarnya ubi mempunyai banyak spesiesnya.. Dan antara yang popular ialah ubi kayu dan ubi keledek..

Okaylah cukup setakat ini.. Info selanjutnya mungkin boleh didapati di Jabatan Pertanian berhampiran atau cuba-cuba tanya kartunis Ubi..He he he..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :948
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Ubi Rebus di waktu hujan”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    .. aku suka makan dengan ikan kering.. terliur siot!
    goreng pun sodap!

    Reply

  2. callisterNo Gravatar says:

    makan dgn ikan kering??
    sedap ke??
    sy slalu mkn dg gula jer..

    Reply

  3. KNizamNo Gravatar says:

    wahhhh aku mmg suka ubi kayu style camni. hehe terkenang zaman2 kat kg dulu2. hehe :)

    Reply

  4. dendangNo Gravatar says:

    wah..mknn cmnih time balik kg je dpt..balik kg,mesti nenek buat..special tuk cucu2 die..hehe..
    nih yg tb2 rindu kat kg nih..:(

    Reply

  5. bd fabregasNo Gravatar says:

    bestnye dpt makan..

    Reply

  6. megatNo Gravatar says:

    adeh bisa buat meleleh air liur nie. aku suka makan cicah sambal petai yang orang umah buat (org lain buat tak best huhu). mmg makan tak berenti la jawabnya selagi sambal tak abis huhu.

    Reply

  7. BuacakNo Gravatar says:

    Adoi..buek den bertambah lapar ado la.haha

    Reply

  8. shaxxNo Gravatar says:

    nampak sedap la plak pepagi buta cam ni… huhuu

    Reply

  9. JuliaNaNo Gravatar says:

    ok..waktu membaca entri ini perut memang tengah lapar!..ehe

    saya pulak suka makan dengan sambal tumis..memang best la!! :)

    Reply

  10. kentoNo Gravatar says:

    wah best ubi kayu ni, da lm xmkn haha! :D

    p.s: mau exchange link? :D

    Reply

  11. topoNo Gravatar says:

    adeh lapar la plak tgok ubi rebus ni…

    Reply

  12. kitaNo Gravatar says:

    fuhhh memang sedap…teringat zaman dok kat kampung…..

    Reply

  13. zoolNo Gravatar says:

    samdaddycool –> oo.. ikan kering. tak penah buat
    callister –> style memacam..
    knizam –> samalah kg kita…
    dendang –> oo sama ke style hidangan??
    bdfabregas –> balik nanti makan le..
    megat –> leleh jgn tak leleh..
    buacak –> lapar makan le..
    shaxx –> pagi ke malam memang sedap makan ubi ni..
    juliana –> memang best..
    kento –> nak makan?? Jom.. ok link dah masuk dlm blogrooll
    topo –> lapau pegi makan je la bro..
    kita –> kalau balik kg try2 le cari

    Reply

  14. bantingboyNo Gravatar says:

    kebetulan. baru je makan ubi goreng cicah gula pasir. Gula melake dengan kelapa takde. Jadilah..baru je pas hujan tadi. Memang sedap. KEne plak dengan kopi panas. waa..

    Reply

Leave a Reply