Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tidak menulis mengenai tanaman. Almaklumlah semenjak kegagalan dalam penternakan cacing agak jarang bercucuk tanam sekaligus sedikit sebanyak melupakan tentang topik tumbuh-tumbuhan yang menjadi ‘keyword’ yang popular dalam blog ini.. Ada cadangan dari member blogger untuk menulis mengenai tanaman ubi (bukan kartunis Ubi ye..). Selak punya selak pernah menulis mengenai entri tentang ubi kayu jadi untuk entri ini, ubi keledek menjadi pilihan..
Pernahkah anda melihat ubi keledek???

Ini jenis yang warna merah..
Ubi keledek ni bukan hanya popular di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Bagi sesiapa yang layan cerita kartun ‘Shin Chan’ mesti terperasan yang si ibu (Misae) gemar dengan ubi keledek bakar…
. Jom kita lihat info mengenai ubi keledek
Ubi keledek ( nama saintifik Ipomoea batatas) ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar. Berbeza dengan ubi kayu yang mana penanamannya akan mengeluarkan batang sebaliknya ubi keledek adalah tanaman menjalar. Untuk menanam terdapat dua kaedah iaitu keratan atau ubi. Kebiasannya tanaman akan mengeluarkan hasil selepas 3 bulan.
Tanaman ini tidak memerlukan air yang banyak malahan ianya lebih sesuai dengan keadaan panas.Untuk teknik yang lebih lanjut boleh semak website Jabatan Pertanian Sarawak
Dari segi kegunaan pula, sudah pasti lebih kepada jenis makanan. Selain dari ubi rebus, daunnya juga boleh digunakan untuk direbus. Banyak sekali resipi yang boleh digunakan melalui tanaman ini..
Okay cukup setakat ini.. Nak makan pengat ubi ni.. Jom…
RSS Feed
Twitter



April 17th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


Ohoi.
inf0 mengenai ubi keledek. makanan feveret nenekku.Ekeke*
Reply
zool
Reply:
April 17th, 2010 at 21:14
neneknya ke suka?? cucunya??
Reply
suka makan ubi rebus!Sedap bila makan dengan sambal.Kecur liur!!
Reply
zool
Reply:
April 17th, 2010 at 21:14
betul2.. lebih2 time2 ujan ni.. selesa..
Reply
lama tak makan keledek nie..keledek goreng pun sodap nie… fuhh.. cecah dengan sambal kicap.. huhu..
Reply
zool
Reply:
April 18th, 2010 at 11:19
memang sedap.. ni nak kena cari ni
Reply
wah. bila bace nih dah terasa macam belajar PRT plak. huhuhu.
Reply
zool
Reply:
April 18th, 2010 at 11:21
PRT apa ek?? dah lama tak gi sekolah
Reply
aku suka makan ubi ni..biasalah, aku kan org kg je..huhu
Reply
zool
Reply:
April 18th, 2010 at 11:22
betul.. samalah kita
Reply
saya suka keledek yg oren..manis je bila digoreng..
Reply
zool
Reply:
April 18th, 2010 at 11:23
aaa.. memang best kan.. goreng pun blh rebus pun ok
Reply
Pada aku, paling suka bila dijadikan kerepek.
Reply
teringin jugak untuk tanam keledek…..
Reply