Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tze Liang – Syafiq raih emas

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Ooi Tze Liang-Syafiq Puteh yang mengambil risiko dengan membuat terjunan pada darjah kesukaran tinggi menyaksikan usaha mereka berbaloi apabila meraih emas tiga meter papan anjal seirama pada hari terakhir Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) Kuala Lumpur.

Tze Liang-Syafiq berjaya mengumpul 368.64 mata untuk mengetepikan wakil Singapura, Timothy Lee-Mark Lee di tempat kedua (350.73) dan tempat ketiga diraih Hrojave Brezovac-Juraj Melsa dari Croatia (336.06).

Ini adalah emas kedua buat Tze Liang selepas muncul juara dalam acara tiga meter papan anjal individu semalam.

Bagaimanapun, paling gembira hari ini ialah Syafiq yang berjaya mengikut rentak Tze Liang untuk melakukan darjah kesukaran tinggi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Persediaan saya untuk beraksi di kejohanan ini mengambil masa selama sebulan dan saya memaksa diri cuba melakukan darjah kesukaran lebih tinggi,” kata penerjun kelahiran Perak itu.

Menurutnya, dia perlu sentiasa meningkatkan tahap terjunan supaya mampu menyamai prestasi penerjun lebih senior.

“Hari ini bukan saya seorang tapi bersama Tze Liang jadi saya perlu lebih tenang dan akhirnya berjaya memberi terjunan mantap dan lebih baik dari semalam,” katanya.

Sementara itu, Kimberly Bong turut menghadiahkan pingat buat negara apabila menduduki tempat kedua acara tiga meter papan anjal individu wanita selepas mengumpul 262.25 mata.

Pingat emas dalam acara berkenaan dimenangi penerjun dari China, Ma Tong yang meraih 287.95 mata, manakala gangsa milik wakil Australia, Kate Rosman (261.35).

-Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)