BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Tunggak cukai tanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ni saya ke Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah di Wisma Negeri untuk hal-hal sistem. Ketika itu ada kes dimana sepasang suami isteri bertanyakan tentang lot tanah datuknya. Agak mengejutkan bila diberitahu bahawa terdapat tunggakan bernilai puluhan ribu yang tidak dibayar sejak tahum 60-an lagi. Tetapi ianya tidak mustahil memandangkan kawasan yang dinyatakan terletak di kawasan bandar.
Kenapa boleh berlaku perkara camni ye.. Mungkin antara sebabnya ialah :-

1. Mungkin sistem komputer tu ada masalah.. tapi kemungkinan kecil..
2. Kurang ambil tahu hal-hal harta pusaka. Ini sering berlaku terutamanya keluarga yang telah berpindah jauh dari kawasan tanah. Ini banyak berlaku di kawasan kampung saya di mana tanah jadi terbiar.. Malahan di kawasan depan rumah ni pokok kelapanya dah 100 meter tinggi..
3. Tiada tindakan agensi kerajaan. Saya akui jarang sekali rampasan dilakukan terhadap tanah persendirian. Kadangkala rampasan perlu dilakukan bagi kawasan yang tidak produktif. Tapi tu le.. Bila buat tuan tanah tiba-tiba menyerang plak..
4. Tangguh menangguh.. Biasalah mentaliti kebanyakan orang kita (termasuk orang yang menulis artikel ni).. Bila jumlah dah banyak memang tak sanggupla nak bayar..
5. Tak tau harta milik keluarga. Ini banyak berlaku terutamanya bila tuan tanah meninggal dunia dan tidak mewasiatkan .. Cubalah kita tengok berapa banyak harta yang beku akibat tiada pengagihan sebelumnya..

Rasanya cukup setakat ni.. Nampaknya saya pun telah menerima bil cukai pintu yang telah tertunggak sepenggal.. Kena bayarlah gamaknya cepat-cepat ni… Kepada anda semua yang memiliki hartanah, cepat-cepatlah menunaikan kewajipan anda.. Jom Bayar..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :997

6 thoughts on “Tunggak cukai tanah

  1. yatieNo Gravatar says:

    askum.. ala zool, kalau x nak byr cukai tnh, duk aje kat umah flat. Dan msykt kini perlu diberi kesedaran..jgn duk sedap buat rumah atas tnh je..kan3.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    salah sebenar konsep tu.. flat pun sepatut kena bayar cukai tanah. tu yang kena ada management commite.. tapi masing2 nak lari dari bayor2 ni..
    ntahlah.. semua org suka brg free kan..

    Reply

  2. kirinNo Gravatar says:

    Cukai pintu dan cukai tanah.. dua dua saya lom bayar zool…huhuh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aik?? duit adsense byk.. takkan 2 tahun sekali tak leh bayo kot..

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    Banyak beri alasan.bagus sangat selalu amalkan.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hang dah bayar ke cukai-cukai?? Mestilah dah kan….
    apa punya soalan le aku ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge