LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tumpas Kepada UAE : Apa yang kita boleh pelajari

Perlawanan kedua bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah selesai sebentar tadi. Di atas kertas, pasukan bola sepak Malaysia yang bertemu pasukan UAE terlalu jauh rankingnya. Namun skuad negara membuktikan mereka mampu bersaing dengan pasukan UAE itu. Ligakampung.com melihat dari segi positif keputusan ini. Kita bermain di gelanggang sendiri dan pastinya mata penuh ingin dimiliki namun bukan semudah yang disangka. Kekalahan ini sedikit merugikan tatkala cabaran pasti lebih besar untuk bertandang ke gelanggang lawan nanti.

Dalam perlawanan tersebut, ada beberapa perkara yang ingin kami ulas iaitu :-

  1. Gol Syafiq Ahmad cukup meyakinkan. Pada permulaannya, kami merasakan gol itu terlalu awal dan risau yang pemain negara akan bertahan tetapi sebaliknya berlaku. Pasukan negara cuba melakukan percubaan bertubi-tubi ke gawang lawan. Cuma gol kedua tidak kunjung tiba. Jika berjaya mendapatkan gol kedua, mungkin Tan Cheng Hoe akan mengubah taktikal pada separuh masa kedua.
  2. Kita tiada penyerang tulen. Kalau kita lihat, Mat Yo bukanlah penyerang yang bijak mencari ruang kosong bagi menjaringkan gol. Sejujurnya saya ingin melihat Shahrel Fikri beraksi tetapi nampaknya belum berpeluang lagi untuk menyaksikan kelibat pemain Perak itu. Kesukaran bermain tanpa penyerang tulen menyebabkan terdapat banyak ruang apabila cut back cuba dilakukan oleh pemain sayap atau wing back. Syafiq Ahmad juga dilihat cuba mengisi ruang di bahagian penyerang utama pada penghujung perlawanan namun sukar memandangkan ianya bukan posisi utama beliau.
  3. Barisan pertahanan masih ada kekurangan ketara. Kalau kita lihat gandingan Adam Nor Azlin dan Shahrul Saad ini perlu diperbaiki. Meskipun mereka berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan namun keserasian masih kurang. Terdapat beberapa kali mereka hilang dari posisi untuk mengasak lawan. Pada pendapat kami juga, Corbin Ong tidak melaksanakan tugas dengan baik pada hari ini. Gol pertama kita lihat Corbin tidak mengasak pemain sayap UAE sebaliknya meninggalkan tanggungjawab kepada Sumareh yang sepatutnya lebih ke depan.
  4. Brendan Gan sepatutnya lebih bersabar melayan provokasi  penyerang UAE. Tindakan beliau membalas boleh menyusahkan diri dan pemain. Kalau beliau menggunakan kaedah psikologi, mungkin penjaring gol UAE itu boleh dilayangkan kad merah. Beliau perlu belajar dengan pemain sepasukannya di Perak, Leonardo cara provokasi ini.
  5. Free kick dan corner Safawi Rasid agak mengecewakan pada mala mini.Mungkin tugas ini boleh diberikan kepada pemain lain. Banyak bola yang jauh dari sasaran. Walaubagaimanapun Safawi bermain baik pada mala mini.
  6. Syameer Kutty tidak sesuai untuk menyerang. Kalau kita lihat pada babak akhir, Syamer Kutty banyak bermain di bahagian tepi namun lambat bertindak. Ini menyebabkan bola dirampas atau kawalan cepat dilakukan oleh UAE. Agak mengejutkan bila melihat beliau banyak menyerang sedangkan ketika di peringkat kelab beliau lebih banyak bermain di bahagian tengah bertahan. Malahan dalam peringkat bawah 23, beliau ditugaskan sebagai pemain pertahanan tengah.
  7. Kemasukan pemain star, Omar Abdulrahman memang mengujakan. Kalau kita lihat beberapa kali one=touch dan hantaran menarik dilakukan oleh pemain yang hampir disambar Manchester City ini. Kita bernasib baik beliau dimasukkan pada hujung separuh masa kedua.

Walaupun gagal digelanggang sendiri namun Ligakampung.com tetap mengucapkan syabas kepada barisan pemain negara. Jangan berputus asa dan masih ada ruang lagi untuk melangkah. Mungkin kita perlu melihat ke hadapan pada lawan lain selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)