Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saya menukar air kolam ikan keli. Memang mencabar sekali sebab ikan keli ni degil dan licin. Dah la cuak sikit nak tangkap. Nasib tiada sengatan berbisa dilakukan oleh mereka kalau tak, mau kena buka puasa tadi (apa kena mengena puasa dengan kena sengat ntah). Memang penat tapi bila tengok kolam berubah wajah terasa puas. Mungkin lepas ni saya akan cuba menyelidik sedikit info ikan keli. Mungkin akan letak kangkung bagi mengurangkan kadar hanyirnya dan mencari idea menambahkan berat badan mereka. Rasa dah lebih 3 bulan bela tapi kadar tumbesarannya agak mengecewakan. Nak goreng pun tak semangat rasanya..

Ini gambar yang disertakan. Sepatut ada video tapi ‘sinematographi’ teruk jadi tak perlu dipaparkan..
Photobucket
Boleh tahan gak banyak .. Kena sauk nak pindahkan kat kolam sebelah..
Photobucket
Telah dipindahkan. Nampaklah sayup-sayup mereka berenang. Sebelum ni, langsung tak nampak.. Bau pun masyaallah..

Sekian sahaja hari ni.. Insyaallah akan ada artikel yang mantop seterusnya..