LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Trofi QNET Juara Asia 2016 : Malaysia tumpas di tangan India

Kejohanan hoki trofi QNET Juara Asia menyaksikan pasukan negara telah menempah tiket ke separuh akhir. Namun terdapat 2 baki perlawanan sebelum ke penentuan untuk menempah tiket ke akhir.
Pada perlawanan hari ini pasukan hoki negara bertemu pasukan handalan, India yang menduduki ranking ke enam dunia. Pasukan hoki India yang mempunyai pakar sudut penalti Rupinder Pal Singh telah menghasilkan jaringan gol besar pada perlawanan sebelum ini.

Pasukan negara yang bermain baik tumpas tipis 1-2 pada perlawanan yang berlangsung pada jam 8.30 malam di Stadium Hoki Kuantan. Dalam perlawanan tersebut, pakar sudut penalti India Rupinder Pal Singh menjaringkan gol pada minit ke 12. Pakar sudut penalti Malaysia, Razie Rahim menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 18 juga melalui sudut penalti.
Tatkala pasukan negara menyerang bertali arus dan pasukan India bermain sepuluh orang, kesilapan barisan pertahanan menghadiahkan pukulan sudut penalti sekali lagi di hukum oleh Rupinder Pal Singh.
asian-hockey-malaysia
Ligakampung menyaksikan bahawa barisan pemain negara mempunyai peluang-peluang baik terutama pada pukulan sudut penalti namun disia-siakan. Dalam pengambilan sudut penalti, first runner pemain India cukup pantas hingga mengakibatkan Razie Rahim, Shahril Saabah serta Faizal Saari sukar untuk menujukan bola ke gawang gol.
Sepatutnya mereka kena lebih KREATIF dan boleh mengubah kepada ‘set piece’. Ia boleh menganggu tumpuan penjaga gol India yang beraksi baik dalam menafikan beberapa percubaan dari barisan hadapan Malaysia. Semoga ada pembaikan dari jurulatih Van Huizen selepas ini. Nampaknya Ligakampung baru je tahu bahawa dalam hoki, penjaga gol boleh dibiarkan kosong dengan syarat seorang pemain perlu memakai ‘Bib’.

Selain itu, nampak pemain negara mengetahui peraturan hoki apabila menggunakan video referral pada waktu yang tepat. TAHNIAH. Apapun, pasukan negara perlu memperkemaskan barisan serangan dan pertahanan bagi menghadapi skuad Korea Selatan pada esok hari.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)