Trio memanah menang gangsa Kejohanan Memanah Asia

TRIO negara meraih pingat gangsa acara recurve berpasukan lelaki selepas menundukkan China pada Kejohanan Memanah Asia ke-20 di Dhaka, Bangladesh, hari ini.

Menurut laman web http://www.ianseo.net , gandingan mantap Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin menang 5-3 menentang trio China, Jin Tao, Wang Yan dan Wang Dapeng, untuk mengesahkan pingat gangsa itu.

Terdahulu, Malaysia tewas 6-0 kepada Korea Selatan yang terdiri daripada Kim Jongho, Lee Woo Seok dan Lee Seungyun di pusingan separuh akhir.

Malaysia menamatkan saingan dengan hanya meraih satu pingat gangsa bagi acara berpasukan manakala tiada sebarang kemenangan dicatatkan bagi acara individu.

Pencapaian terbaik bagi pemanah recurve individu adalah melalui Muhammad Akmal yang terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Korea Selatan, Lee Seungyun di separuh akhir, semalam.

Sementara itu, pemanah remaja, Bryson Ting Tiew Luing dan Mimi Raihan Yazid, gagal layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, Oktober tahun, selepas menduduki tangga kesembilan dan ke-10 pada kejohanan Asia itu.

Hanya lapan pemanah terbaik mara ke saingan suku akhir kejohanan Asia layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018.

Malaysia hanya menghantar pasukan recurve lelaki serta dua pemanah remaja ke kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan benua Sukan Olimpik Remaja 2018. – Bernama

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

One thought on “Trio memanah menang gangsa Kejohanan Memanah Asia

Leave a Reply